NuffnangKU

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Berkat Membaca Bismillah

LoVeNiza Muah:)


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.


Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.


Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.


Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.


" Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


WASSALAM

Tuesday, June 28, 2011

Cuba mensucikan blog...

LoVeNiza Muah:)




As salam...
Aku skg tgh nak sucikan blog aku ni...heheheh....
Jadi kalo korg belek-belek blog aku post bkg2 kn,masyallah terasa begitu jahil nye diri aku ni..
Berlambak gambar tak menutup aurat!!Dgn gaya penulisan aku yg sgt2 mengundang dosa..
Astagfurullahalazim....Begini rupe nye aku dulu.......huhu ampunkan doseku ya allah.....
Maafkan saya juga selama saya menulis di blog ini jika ada menyinggung hati sesiapa..tidak bermaksud senar nye..daku sedar daku mulut longkang...tapi aku cuba perbaiki diri aku menjadi lebih baik.....insyaallah...

So skg aku dah clear dah gambar telanjang dedah aurat sume dah..
patot la selama ni bdn rase berat..berat dose rupenyer....
Skg ni aku ngah nak buang entry2 lame aku yg bengong2 sume..
Da la byk gambar aku xpakai tudung..adoiii mnyesal betul lerrrr....
Selama 2taun tayang gambar xmenutup aurat,mesti byk sgt dosa aku..
Ape la nak jadi ko ni niza oi?Kalau lah nyawa ditarik dlm keadaan gambo terdedah xdipadam,
azab la aku di akhiratt sane..dosa tak henti2 mengalir...
betapa bodoh nye akuuuuu ni...

Ampunkan aku Ya Allah!!

Tujuh Perkara Ganjil Jasad Di Dalam Kubur

LoVeNiza Muah:)





"Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.


Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.


Yang pertama,

aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.


Kedua
” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulahgolongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”Pemuda itu menyambung lagi,


Ketiga
” Wahai tuan guru, golongan yangketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.”


Keempat
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.””


Kelima
Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Keenam
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.


Terakhir
” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.


SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH...

Thursday, June 23, 2011

Kehebatan Ayat Quran

LoVeNiza Muah:)

As salam...

Hari ni saya ingin berkongsi kisah benar yang berlaku di Jeddah..Kisah seorang budak yang membaca Al-Quran selamat dari dirogol..Masyallah..Hebat nya kuasa Allah.Mari lah kita sama-sama beristighfar dan kembali kepada Nya...Tapi tengok budak-budak sekarang ni,mcm dah jadi trend plak buat seks bebas....Astagfirullahalazim....Mintak dijauhkan semua itu dari anak-anak kite,waris kita dan yg terdekat dengan kita.AMIN.






JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin. Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.



“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya. Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.



“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya. Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol. Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu. “Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya. Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

Monday, June 20, 2011

Kisah Sedih saya

LoVeNiza Muah:)




As salam....
Hari tu aku semangat tau uols pergi taklimat PUNB..bajet nak pinjam 100k la..ahaha
tapi hapa pon tarak...

Jadi meh aku share apa syarat yg melayakkan ko dapat pinjaman ni...kalo korg xde dlm syarat yg aku tulis ni,siler ler jgn berangan yerrrrr.......

1)Mesti dah ade bisnes yer!!kalo xde,jgn gatai2 nak pinjam!!
Bisnes mesti beroperasi dalam 6 bulan keatas..kalau baru smlm bukak bisnes,xyah ler gedix
nak pinjam..Bisnes korg mesti dah kukuh!Cthnya dah ada 10butik kat Malaysia ni baru ler
layak minjam 100k
2)sales korg mesti terbaekkkkkkk!Kalau sales setakat RM1000 sebulan anda xlayak ye nk
pinjam 100k..50ribu pon xlayak..RM5 mungkin bole.....
3)Untuk siswazah mungkin boleh..Layak pinjam dari rm5000-rm50,000 kalau cukup syarat2
nye...
4)Untuk penganggur sgt sesuai masuk skim perintis..trainning selama 6bulan dgn mentor2 yg
dasat...

So kalo rase anda layak sila ler mohon..aku mmg dah disqualified dah......ahahah..pulang dgn kehampaan...kesimpulan nya aku rase PUNB ni mmg membantu usahawan..maksud nye usahawan yg ada potensi..bukan bisnes yg kecik2 ni...bisnes yg dah ada nama...dan bisnes yg nak dikembangkan.....contohnya ko dah ada kedai butik dekat 5cawangan,then ko nak luaskan lagi bisnes ko dan perlukan modal lg 50ribu haaa baru la layak mohon..kalo x,xyah ler..

Tapi aku xputus asa sbb aku yakin mesti Allah ada rancangan yg terbaek utk aku kan...
Aku xkan padamkan hasrat aku tu tapi semakin aku rase dekat utk aku menggapai nya..ecehhh poyosss...Insyallah la kan aku akan gune jalan lain untuk capai impian ku..AMIN...

Permudahkan lah jalan ku Ya ALLAH......:)

Friday, June 17, 2011

Jom shopping long skirt Hana Tajimaa laaaaa





LoVeNiza Muah:)




As salam....



Tak tau nak shopping kat mana?



Tak de member nak teman korg shopping?

Haaaaaa...meh cni...jom shopping secara on9 kat sini...Meh..meh...







FB:Murah Saje

Atau nak murah lagi..pastu nak belek-belek baju terus datang ke butik di



FIORI BOUTIQUE

NO 10,ARKED MARA,

BATU GAJAH,

PERAK


Contoh koleksi:



Long skirt..Haaa yg ni tgh femes amous....Ada polka dot,plain dengan corak....Tapi byk x upload lagi..mayb awal Julai nanti sbb xde mase nak shoot picture...










Nak tengok koleksi banyak lagi?Add teman kat FB yer..muah..

TQ babai

Thursday, June 9, 2011

Mesin Massage....

LoVeNiza Muah:)


Hari tu ade ler salegirl ni dtg opish aku juai mende alah ni..

electric massage....petah bercakap.....

Jadi aku xsmpi hati tgok,maka aku terbeli ler mesin ni...

Lepas beli aku campak ntah kemana smpi skrg hilang kemana...

uwaaaaaa...nak warranty boley??ganti balik yg ilang tuuu.....

sempat pakai sekali je tauuuuu.....




Chumel je kan.....




Tara..

RM19.90jeee



Mende ni boleh gune battery and kabel...

aku dulu cucuk gune kabel je...

jimat sket xyah beli betery.....




Tayang muke boley?



Pompuan2 kat ofis aku ni sume beli..hahaha

dasar pompuan..pantang ade org jual brg,beli sesaje.....


Sekian,wassalam

Wednesday, June 8, 2011

Kursus Tak Seronok....

LoVeNiza Muah:)


Hai....aku kan baru lik kusus...

Lepas kusus terus balik pengsan trus....

Badan penat gile..mcm ada bata tau atas badan aku ni...

Ahahaha




Mule2 smpi tempat ni,

menangessss ko nok!rase cm nak balik mase tu jugak...

Tapi disebabkan org kuat iman kan(kuat iman ke??)

ku gagahi jua..


Aku berkampung disini dari 25-31Mei 2011..

Lame kooooooo....mcm xsangke aku pernah dok sini..

Macam penjara kotttt bepp tempat die...

Ko boleh dok sini???





Ni plak toilet die...

scary x??

tu pasei aku xsuke g kusus!

kene raging je tauuu ngan fasi....

kat sini la aku mandi lam jamban....




kawan aku...Syuhada...

pergi gemuk,balik kurus....ahahha

aku plak pegi gemuk balik lagi bertambah gemuk!

5x makan kot.....



Ni la tempat beta beradu selama berkhusus....

Aku rase hostel mase aku blajar dulu lagi up kot...

Tapi aku respect la pada semua pelatih2 polis or rekrut2 polis ni...

Dorg mmg kuat dari segi mental dan fizikal....

Aku yg dok sini 7 hari pon rase cm neraka,ini kan plak dorg yg kene

training 6 bulan!wa salute sama lu olang laaa...Pas rekrut harap uolss kerja

ler dgn disiplin..jgn main nombor ye wahai polis2 seluruh Malaysia....

Sbb bukan aku yg tak bagi,tapi Allah yang tak bagi....:)



Mase nak outing ke Padang Besar...

Happy bepp....yela rase cm bertaun terkurung dalam tu...

macam dipenjara janji ko tau...jadi ble dpt kuar,rase heavenn yeee dunia.....



Jadi ni la pengalaman aku berkusus.....dalam banyak2 kusus aku pernah g,

kat sini lah yg paling mencabar kesabaran dan keimanan....

berbaloi la ktorg dpt cuti pelepasan 2 hari.....ahahah....

wassalam



Monday, June 6, 2011

Kenapa aku tak suka pergi khusus?

LoVeNiza Muah:)




As salam...
Lama xhupdate...mak sibuk noks!
Actually aku baru lik kusus...almaklum laa koje gomen..
kalo x kusus xsah lerr....aku xtau la nape..
tetiap bulan mesti name aku naik kene p kusus...
aku pelik ar..ape kat Cameron tu aku sorg je ke pekerja yg ada??
yg member aku tu plak lgsg xpernah kene p kusus....heran..heran.....
Tapi setengah org suke sgt p kusus..ntah ape yg best idak ler teman tau..
tapi kalau tanye aku,mmg TAK larrrrr...mmg xsukeeeeeeeee laaaa....

Jadi untuk mengukuhkan bukti yg aku tak suka p kusus ni,meh aku senaraikan
reason2 knp aku x suke p kusus?harap bulan dpn xsangkut la name aku....puih..puih

1)Kalau p kusus of cose ler kene tinggal husband,family and anak2.....ko ingat senang nk berpisah???no..no..no.....tau.....ai touching skit bab2 family ni...sedeh tauuuu.....tambah aku lau p kusus selalu lama2 tau....7hari,10hari....eeeeee xsukeeeee!!pernah ade 1 kes dulu,member aku tu baru je abis pantang..anak menyusu lagi..tup2 kene kusus....sedeh bep..die xdpt nak nyusukan anak dieee......kijam!kijam!

2)Bisnes terabai...aku skg ni mmg bzi sket...ke hulu ke hilir....berulang Ipoh-cameron sbb nak manage bisnes....butik lagi,running bisnes ayam grg lagi.....jadi kalau kene kusus ni,mcm mane aku nak runner??jadi kalau seminggu aku kusus,aku mengalami kerugian yg boleh menyebabkan daku menanges...uwaaaaaaaa

3)Tempat tak selesa....Yg ni bukan aku nak komplen ke ape kan....Tapi kalau under jbtn aku,tempat die sgt2 menanges kalau tgok.....kalau under JPA mmg high kelas laa.....tapi under jbtn aku(xyah ler sebut kan..nanti kene saman plak)....bygkan aku pernah pergi 1 tempat ni..die tempatkan semua peserta dekat 1 dorm dlm 30org..dgn pnas nk mampos...mcm dok lam oven tu....pastu ktorg mandi lam jamban je sbb bilik air ade 2je..dah tu peserta khusus ade 80 org,mana cukup kalau sume nak mandi lam bilik air kan....

4)Jadual padat..slalu nye kalau kusus mmg badan letih gile....dah tu bangun 5 pagi..6.30 pagi kene ada kt padang dah senaman pagi..pastu kelas la bla2...eeeeeee mmg xseronok lgsung!!!!

5)Dah tau dah program dorg....maksud nye kalau kusus ni kan,aku dah boleh tau program dorg cmne...salu dorg akan pecah2kan kite sume dan bahagikan mengikut kump..pastu ble dah ada group,MESTI suruh buat logo kump,motto,objektif!xhabes2 suh buat mende ni..aku da bosan gle..xde idea baru ke??sikit2 suh buat logo..logo..logo..logo....bosan siot!!!pastu bagi masa kejap je....pastu suh present..ble logo mcm hampeh,kene bantai kaw2..dah tau sgt dahh!!!ape ingat ktorg profesional ke nak hentam2??

Banyak lagi sebab2 nyeee.........aku taip ni pun muke aku dah berkerut2 sbb terkenangkan saat menderita ku itu.......tapi bese la....mesti ade pro and kontra kan..ade jugak positif nye kusus2 ni....

Kebaikan kusus

1)Dapat member baru seluruh Malaysia(dpt la aku promote bisnes aku...ngeh2)

2)Dapat ilmu

3)Dapat jalan2..sometimes bile kite kusus ke 1 tempat,dorg akan bg outing tau..mase outing tu la dpt g jejlan....aritu aku p padang besar,langkawi,kuantan..byk ar...ni je la aku rase part yg plg best mase kusus.....

tang kebaikan aku rase xbyk kot!hahaha sbb aku mmg tak suka kusus!!!!!!!!!!tak sukeeeee!!!!

Sekian wassalam

sila jgn letak nama saya lagi untuk kusus!!!!!!

TQ!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name