NuffnangKU

Followers

Wednesday, August 28, 2013

Majlis Aidilfitri 2013 Ofis Saya:)

 

As Salam..
Aku nak upload pic ni kat fb tapi tak boleh pulak.
I dont know why.Maybe sbb saiz gambar ya terlalu besar.
So buat kenang-kenangan,kita update di blog la.Senang nak refresh bila dah pencen nanti.

Ok satu Majlis Aidilfitri Pusat Penyelidikan Mineral telah diadakan pada 23.8.2013 bertempat di Hotel Ritz Garden,Ipoh.Semua kakitangan PPM telah dijemput untuk memeriahkan suasana.Yang paling best makan free uolsss.Gila ko kalau tak pergi.

So aku bawak husband,my niece 2 orang and mak aku.Aku da pesan kat kawan aku suh book table siap-siap sebab aku tak nak terpinga-pinga sampai nanti.Bagus kawan aku.Betul-betul dia booking table.Dapat kat bawah plak tu.Dekat dengan makanan pulak tu.I like.

 
Ni table kitaorang.Tak penuh pun.Sebab anak buah aku tu tak reti nak duk kat kerusi satu-satu.Dia nak duk berhimpit2 jugak dengan mak aku.Anak buah aku masa sampai,ohhh sangat behave.Baik nya anak buah kamu Niza.Memang lah baik dia baru nak panas enjin.Lepas tu,memang tak terlayan la kawan-kawan aku.Habis satu ballroom tu dia tawaf.

Ni la Pengarah aku(baju pink) dan Isteri nya.Sangat baik and peramah.Majlis ni juga bertujuan untuk meraikan Pengarah aku yang akan berpencen bulan 9 nanti.

 
Ini adalah pengacara majlis malam tu.

Ok pasangan ni menang pasangan yang serasi.Duduk sama rendah,berdiri pun sama rendah.
Hahah.

 
Suasana dalam dewan ballroom.Majlis start 8.30mlm mcm tu.Pengarah yang sampai dulu dari aku.
Ni sume salah parking.Sapa suh susah nak dapat parking.

Ok ni Geng-geng aku.Geng pentadbiran.Kitaorang duduk 1 table.Senang nak bergosip khennnn..
Aku nampak mcm orang berlebihan berat badan.Sebab tu aku malas nak hupload gambo sangat.
Gambar raya pon x byk sbb i is gemuk!!uwaaaaaaaaaaaa.Now i am 6 month pregnant.So taun depan,harap badan i bergetah!hehe.

This is Kak Sam.Aku suke anak dia yang ujung sekali tu.Cun sangat.Boleh jadi model produk.Kakaka.

Kak Wan and husband.Sama cantik sama padan.Ehh macam adik beradik pulak aku tengok.Muka sama!

Malar,Renuka and Kak Wan.Kawan baik saya masa di ofis:)

 
Alolololo pasangan paling meletopss,sweet,comel,cantik malam tu.....
Walaupun i gemuk,tapi ada aku mengkesahkan nya....

 
Meja VVIP

Ni menang pasangan Keluarga Sedondon.Ko tengokkkkk..Semua oren.Baby tu pun pakai oren.Memang sporting habis.

Ni mak aku..

 
Anak buah aku yang sorang ni memang mudah mesra.Sabar je la aku.Macam kawan dia je.

 
Amboi mesra betul.Dia suke sangat mengekor ke mana si Mala ni pergi.Malam tu kira si Dina ni macam AJK majlis lah sebab aku tengok dia yg paling busy ke hulu hilir.Cu tak paham na...Mengapakah Dina berkelakuan sebegitu rupa?

Malam tu dalam pukul 11 aku dah balik sebab anak buah aku yang kecik tu dah tertido.Pastu laki aku pulak dah merengek2 ajak balik.Tak sempat tunggu cabutan bertuah walaupun tau tak bertuah kan.Malam tu kenyang sangat makan sate sejuk,tau tak sate tu pagi2 lagi dorang dah bakar.Patut la tak sedap.Keras nak mampus.

Then makanan lain nasi goreng,kerabu mangga,lemang,ayam,daging kicap dan banyak lagi laaaaa...
Kekenyangan aku.

Sekian kenangan Majlis Aidilfitri 2013.
Wassalam:)


Tuesday, August 27, 2013

Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor

LoVeNiza Muah:)

















PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.


Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf. “Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.


"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan  di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.
Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.


Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.


Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara  dapat memberi manfaat  seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati  agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.


"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji,  Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.


"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.


Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.


“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya. Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.
 

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya uolss:)

LoVeNiza Muah:)

Assalammualaikum......
Arghh cepat nya masa berlalu.....Kejap je Syawal nak menjelma.
Alhamdullilah tahun ni i puasa penuh.
Sahur pun tak skip lagi.Kira tahun ni aku betul-betul solehah lah..kakakaka

Tahun ni macam banyak sangat perubahan dalam hidup aku.
SO far now aku dah dapat transfer ke Ipoh.
So tak perlu lagi nak berulang Cameron-Ipoh dah.Huh lega sangat.

Then episod sedih dalam hidup aku bulan Januari hari tu pun aku dah lupa kan.
Allah dah ganti yang baru untuk aku.Syukran Allah.
Pastu Alhamdulliah tahun ni rezeki murah sangat.Syukur sangat-sangat.

Ada yang tanya tahun ni tak niaga ke?Sebelum ni memang tiap-tiap tahun aku berniaga.
Teringat tahun-tahun lepas,badan mmg penat gila.Tak macam orang dah.
Bila hari raya,orang lain semua ceria cantik berseri,aku je muka tak berseri sebab tak cukup tidur
sebab kepenatan.

So tahun ni aku nak berehat secukup nya and nak fokus pada Ramadhan.
Tahun depan kita mungkin tak tentu lagi dapat jumpa Ramadhan atau tidak.
Lagi pun aku dah malas nak mengejar dunia dah sebab kalau kita terlalu mengejar dunia,
takut akhirat kita terlepas.Ewahhhhhhh...
            


Jadi di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
pada semua kawan-kawan,yang mengenali diri ini.Aku minta maaf sangat kalau aku ada terkasar bahasa,menyakiti hati anda atau membuat anda terasa.

Aku tau,kawan-kawan aku ada baca blog aku kan?So, i am sorry.
Jemput lah datang ke rumah ye sebab tahun ni aku wat gila nak masak.
Entah mana datang pulak mood aku nak masak ni,jangan di tanya.
Tetibe je aku bagi mak aku duit suh beli ayam,barang mentah semua.
Haa nampak tak betapa semangat betul aku nak raya tahun ni walaupun nan hadoo!
Maklum lah orang puasa penuh kan.Haruslah raya pun nak penuh.Haha

Yang laki aku pulak tahun ni kemain lagi baju melayu baru,songkok baru,samping baru...
Ai tak pernah2 nak bersamping bagai?Semangat nak raya kata nya.
Semoga raya tahun ni member seribu makna dalam hidup aku dan keluarga.
So ingat esok aku nak ziarah kubur arwah ayah aku.Sebab 1 Syawal tak elok kalau kita bersedih.
Aku ni dah la sensitif.Kalau engok kubur ayah,mesti nak nangis:(

Sekian,Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin!
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name