NuffnangKU

Followers

Wednesday, November 26, 2014

Selamat Hari Lahir Anak ku



SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 1 TAHUN ANAKKU

Terasa pantas sungguh masa berlalu
Anakku sudah mencecah ke 1 Tahun
Terasa rasa lagi kesakitan semasa Umi ingin melahir kan kamu
Walaupun secara pembedahan tetapi kesakitan yer tetap dirasai
Parut pembedahan ini yang akan Umi bawa sampai mati nanti.
Mudah-mudahan dengan parut ini mampu membawa Umi ke syurga.

Buat anakku Muhammad Khalish Fattah,
sentiasa lah menjadi anak soleh untuk Allah untuk Umi Ayah
sentiasa taat pada Allah
sentiasa ikut sunnah Nabi
dari dalam perut lagi Umi sentiasa doa supaya Khalish jadi tahfiz..
Harap tercapai cita-cita Umi supaya di akhirat nanti Umi tidak dipersoalkan

Untuk mu anakku,
apa saja Umi sanggup berkorban supaya kamu rasa sempurna..
Sesungguh nya kamu anak yang Umi nanti-nantikan sejak 3 Tahun yang lalu

Terima Kasih pada Allah untuk anugerah ini.
Terima Kasih Allah

20-11-2013
20-11-2014



Tuesday, November 25, 2014

Holiday Ke USS Singapore

LoVeNiza Muah:)

As Salam...Gila lama tak update.Habis bende-bende penting tak dapat dizahirkan di blog ini.
Bukan apa,kalau tulis kat blog next time kalau lupa boleh bukak blog balik kan,
Nak harap pale otak save,memang tak ingat la.
Sebelum aku lupa pasal percutian ini,maka nya segera lah aku coretkan di blog yg penuh bersejarah ini.

Ok weols satu family decide untuk pergi holiday.Yeayyy.Asal nya nak pergi Legoland jer.Tapi rasa cam tak mencabar kot nak pergi Legoland.Pastu mesti anak buah aku je yg happy.Aku?confirm aku boring.Then last minit decide pergi USS Singapore.Bergagau la aku anak beranak buat passport si kenit anak aku tu and renew passport aku sekali.Masa nak tangkap gamba untuk passport anak aku tu pun mencabar jugak tu.Hahah sebab dia tak reti dok diam.Dekat 50 kali percubaan kot baru dapat pic yang elok sikit la.Tu pon muka nganga.Haha boleh?

Then decide tidur di JB then esok pagi baru pergi Singapore.Mak aku pesakit dialisis.So dia tak boleh pergi travel jauh-jauh.Sebab masalah kesihatan.So kita cuti yang dekat-dekat jer.This holiday is fully sponsored by my brother.Semoga murah lagi rezeki abang aku yeeee.Amin.

Ewah panjang betul mukadimah yer.Ok terus start cerita sebelum aku rasa malas nak taip,baik aku cite cecepat.Untuk ke USS ni weols amik pakej travel agent terus masuk sampai ke pintu USS sebab tak kuasa nak naik bas bagai dengan anak kecik dengan mak aku sakit.So travel agent guna Hyundai Starex.Memang selesa bangat.Sedar-sedar dah sampi USS.Haha..


Masa ni semua orang sangat excited.Si kecik tu aku lupa sgt nak bawak surat beranak or mykid dia.
Masa ni aku dah down ingatkan tak boleh masuk Singapore.Tapi nasib baik kastam sana tak cek.Asalkan ada passport kira selamat boleh masuk dah.

Masa ni dah sampai.yeayyyyy...
Anak aku mood tengah okay lagi tu.
Masa ni si kecik tu 10 bulan..

Khalish dengan ayah nya.Dia memang manja sangat dengan ayah dia.Kalau nampak ayah je,menangis-nagis mintak dukung.Hari tu bibik aku cite,ayah nya pergi solat Jumaat.Anak aku dah berguling-guling mengamuk nak ikut.Boley?merampus-rampus kata si Bibik.Sabor je la aku.

Kekadang bapak dia tengah drive,ohh sibuk nak drive jgk.
Aku rasa salah bapak dia sebab manja kan sangat.
ok memang salah bapak dia.haha...

Pic ni anak buah aku si Dina tu yang snap.Sebab tu hilang ayat UNIVERSAL STUDIO tu..
Hahaha bertuah punya budak.main snap ajerrrr..Tak seni langsung..

 Makan kat sini susah sikit la.Sebab banyak tak halal.So weols makan nasi lemak jer la.
Si kecik ni memang aku dah buatkan dia bubur masa kat hotel.Gigih mak ko bawak rice cooker dari Ipoh nun semata-mata nak buat bubur mu anakku...


Yeay dah masuk..Happyyyy...Adoi besar rupa nya USS nie..Memang tak larat jalan.
Aku dengan anak kecik nye..Anak aku kesian sangat.Dia tak boleh kena panas.
Kalau panas jer,muka dia akan naik merah-merah..Aduh kesian anak aku dia tak selesa.


Cantik sangat USS ni.Paling aku suka yang kat area London tu.Inshallah ada rezki boleh la pergi yang betul-betul punya.Bila agak nya??ahahaha

 Anak-anak buah aku kemain happy.Tapi ada yang tak dapat masuk.Sebab budak bawah umur tak boleh masuk.Maka,bergilir-gilir la kami jaga bdk2 bawah umur ni termasuk la anak aku..AKu dapat masuk transformer tu jer.itu pun beratur berejam sebab ramai sangat orang.main nya 5 minit je kot beratur je dekat 30minit.Memang best gila.Lepas gian kot.Last jadi remaja masa 3tahun lepas kat Genting..



Tempat ni cantik sangat.Aku suka sebab nampak cam seni sangat...
 
 Sebijik macam kat London.Arghhh cantik sangattt....


Harus lah berposing-posing dahulu.
Bukan senang nak sampai sini.



 Kat sini ada buat persembahan.
Orang nari-nari tu.Kitorang sampai pagi-pagi.
Jadi orang tak ramai sangat.Masuk pukul 12,orang dah ramai gila.
Aku nak bergambar pon susah.Ikut q.

 Kesian anak aku..dengan panas yer..
Aku rasa baby mungkin tak sesuai la..
Kalau budak atas 10 tahun memang best sebab boleh main macam-macam.
Kalau bawah umur,penjaga kene stanby la...


 Budak gemuk ni paling happy.Hahaha..
Aku tangkap gambar dia sikit punya cantik...
Nampak semua kepala muka si Minion nie...

 Sekali suruh si Dina ni tangkap gamba aku,terus jadi cam gini...
Separuh minion tak nampak.
Memang nak sabotaj cu ni!

 Kitorang keluar USS cepat pukul 3 camtu sebab mak aku dah tak larat,pastu anak aku dah ,erengek-rengek panas.Tak sempat pun pergi kat The Shrek tu...ralat betul.sebab cam tak puas.
Tapi tak per,tumggu anak aku besar sikit kita repeat lagi.

After keluar USS,tour guide bawa ronda-ronda Singapore.
Singgah tempat ni.Murah la jugak untuk beli cenderamata kan.


Maka nya tershopping la sikit sebanyak kat sini.
Terbeli dress,skirt yang berlambak ade kat Malaysia.ahhaha
Bongok..dah sah-sah kat Malaysia lagi murah tapi gatal nak beli jugak kat sini.


Maka tamat lah percutian kami.Esok nya jalan-jalan JB then terus shoot balik Ipoh.
Ni pengalaman pertama aku bawak anak kecik.Memang mencabar la..
So lepas nie,tunggu anak besar sikit baru boleh travel jauh-jauh sikit.
Kalau boleh setiap tahun nak holiday untuk bagi release tension and bagi budak-budak happy.

Harap boss Jenamasendiri.com sudi sponsor lagi.Hahaha.
Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name