NuffnangKU

Followers

Monday, March 9, 2015

Ho Chin Min:Shopping Part 3

LoVeNiza Muah:)

As Salam...
Bertemu kembali kita setelah beberapa hari bercuti dari menulis..
Ok last part.Part paling boring sikit sebab hari ke 3 dah tak shopping dah.Haha.
Last day ni weolss ronda2 Ho Chin Minh sahaja melawat tempat-tempat bersejarah dimana ia nya sangat membosankan bagi mak aku.Hahahah dan juga anak nya..Tapi aku suke je sejarah2 nie.
Tapi antara sejarah dan shopping,shopping la paling win!Haha..

Di awal pagi Tour Guide aku Jasmany ni dah stanby awal2 dah.Kitorang cakap datang kul 9 ke 10 ke.
Tapi dia cakap rugi.Kul 8 saya sampai kata nya.Haha bagus betul tour guide aku nie...
Maka pukul 8 lah ktorg semua check out dengan jaya nye.


Naik van mercedes.
Besar kot van ni.Selesa sangat.

Aku cop tempat depan sebab kalau dok blakang sakit kepala..
ehh masa ni gemuk pulak aku...hahah ade aku kisah..
yang penting dapat shopping...
 
















Then kami telah dibawa untuk breakfast di satu tempat..
Cewahhh..agak jauh sikit dari hotel.
Ini nama nya daging salai.
Jangan risau sebab ianya halal.

















Ini gambar depan kedai.
Ramai juga tourist yg datang sini.






















Aku order yang ni..
Serius sedap..roti dia besar gila.
Boleh makan 2 orang.. 
 





















After breakfast kami teruskan perjalanan ke Chu Chi Tunnel
Eh betul ke ejaan nya entah..Tapi ini lah tempat yang aku maksud kan.
Tempat perang zaman dulu-dulu.
    Masuk kena bayar tapi tak lah mahal sangat.
    Perjalanan sejam lebih.Tempat ye dalam kampung-kampung.







 























Saje suh Dina bersnap pic dengan anak Mat Salleh ni..
Hehehe...






















Jauh ok berjalan kat sini..
Sapa dtg sini sila lah stanby air mineral sejuk 4-5botol
Da la panas..Berpeluh2 ok..Macam jungle tracking..

















Tour guide aku tengah beri penerangan dengan penuh semangat.
Tapi kitorg dengar tak dengar je..kong ajooo...

Yang baju petak-petak tu la tour guide kami..Baik orang nya.Memang highly recommended.Sebab dia Islam and pandai cakap melayu.Masa di Ho Chin Minh ni sangat wajib bagi aku untuk cari tour guide orang Islam sebab kat sini banyak yang tak halal.Even jagung bakar kat sini pun tak halal sebab dia taruh lemak babi.Ada orang Malaysia yang makan.Then sebagai rasa tanggungjawab kami tegur orang Malaysia tu bagitau jagung tu tak halal.Dorang tak tau sebab tour guide ye bukan Islam.Nampak tak penting nya tour guide Islam?tak pasal2 ko da makan babi.Itu bahaya ye.Yang penting tanggunjawab aku selesai.Ko nak sambung makan jagung tu balik ke ko punye pasal sebab benda dah bagitau kan. 


















Tour Guide ni jugak lah yang tukang tangkap gambo family..
Hehehe..memang tak rugi..kahkahkah..
Kitorg bergambar je alert.Tang dia bagi penerangan abg aku sorg je dengorr..














Bab makan pun alert jugak..haha
Makan ubi kayu rebus cicah kacang ngan air teh.
Halal and toyyibah...free je ni tapi ramai yang xtau..
Just bagi tips je kat org tu singgit dua..














Teruskan perjalanan dan bergambar..bergambar dan bergambar...














Ni lubang uuntuk perangkap ke ape ntah..hahah aku lupe...
Mamat ni rajin la mencuba...kalau aku tak kossserrrr deknun...
Habis tudung2 aku nanti..














Bergambar sikit lagi..
walaupon background hutan je...














Ni lubang ye kecik amat..muat2 badan sorang je..
Sume x nak cuba melainkan laki aku sorg je hadap..haha














Berehat sebentar setelah kepenatan...

















Melihat-lihat sambil berfikir bila lah nak habis nie...
Tak larat dah aku....

















Ada kete perang plak kat sini..
ayuh kita bergambar.....

















Ada askar jadian disini..
ayuh kita bergambar...

















Ada busut disini..
Ayuh kita bergambar....
Hahaha






















Lepas dah habis jalan di Chu Chi Tunnel tu.
Tour guide bawak lunch.Lunch tu termasuk dalam harga pakej.
So makan la puas2..
After lunch terus balik Ho Chin Menh balik.
Then ronda2 area sini pulak...






















Kawasan bandar diorang...

















Ni istana dorang






















Then weolss singgah di muzium.
Then ini adalah tempat penjara masa zaman tok kadok dulu..
Kalau dtg waktu malam,memang serammm.
Yang ni tempat pancung kapla woooooo...
Gila tak serammmm...

















Yang ni tempat dorang kurung banduan.
Masa ni zaman komunis ni la..
so sapa rakyat tempatan yang cuba melawan komunis,
dorang kasi kurung dalam ni...
kesiannnn sangat..






















Dah habis pergi muzium,pergi pejabat pos pulak
Gila ko pejabat pos pun nak pergi?apa barang?
ok pejabat pos dorang cantik ok..
Ada mende alah ni..Malaysia xde..
hehe

















Building belakang aku tu church.
niat aku tak da lain tak xde bukan hanyalah ingin bergambar shj
sebab seni bina dia sangat menarik.konon2 aku di europe.
padahal vietnam ajoooooo...






















Ni la pejabat pos dorang.masih beroperasi.






















 ala-ala London tak...






















Lepas tu mari lah kita ke tempat wajib.
Hard Rock Cafe..dorang ni semua adalah peminat and pengumpul tegar barang
HRC.x semena-mena aku nampak mak aku pon beli barang HRC.
aku sangat kepelikan.aku nampak dia beli baju, topi and mug.Motif?
Ohh nak bagi abang aku hadiah.

Aku pon beli la selai dua baju untuk anak aku Khalish Fattah anak ummi yang comel lagi soleh.muahmuah..

Sales Assistant kat sini kerek pastu poyo lak.
Arghhh malas aku nak ingat.

















Bergambar lah kome..ape lagi...


















Dan lagi...






















Ehhh ada lagi....

Dan lagi...hehe
 





















Lepas gi HRC,weolss minum2 kopi dulu dekat Parkson diorang.
Sambil tu solat sekali situ.Kopi vietnam ni mmg sedap la.
Terasa2 sampi sekarang.Then lepas tu tour guide hantar weols ke airport.

Bila balik beg pun bertambah.
Masa ni baru bayar duit tour guide kat Jasmany.Baik sgt dia.
Aku letaak duit tu dalam sampul.
Dia amik je sampul tu tak de pun kira.
Nasib la aku ni jujur.
Baik betul dia tu.

So if ada yang berminat nak dapatkan service Jasmany ni,
korang boleh terus wassap dia ke------------->+84909542641
Tak payah bayar depo ke ape ke.Terus bayar masa kat Vietnam je.
Senang sangat deal dengan dia.Sesama Islam kan.
wah kemain lagi aku memuji dia.Hahaha.
Tapi serius,dia punye penerangan tu mmg details.

Okay masa balik mujur la kitaorg amik 100kg.
Memang ngam2.Mak aku sorang sampai 3 beg besar.
Aku 2 beg.Abg aku lagi,kakak aku lagi si Dina lagi.
Hahaha nasib baik cukup.

Alhamdullilah semua nya ok.
Nyaris2 kene pau dengan imigresen sana.huhu
Nasib ALLAH tolong.
Sekian cerita saya.Musabab betul nak habiskan entry ni.Hahah
Ok wassalam.Selamat bercuti pada siapa yang akan ke Vietnam nanti.

ASSALAMMUALAIKUM.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name