NuffnangKU

Followers

Thursday, February 5, 2015

Ho Chin Min: Shopping Part 2

LoVeNiza Muah:)

As Salam.Untuk hari kedua diteruskan dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan.Tadaaaa mulakan hari dengan sedikit senyuman.Bersiap-siap untuk menyerang Saigonnnnn.Haha.


Check Point adalah di lobbi hotel.Menunggu kakak dan abang aku turun.
Kitaorang ambil 3 bilik hotel.Senang.Selesa pun yer.



 Then breakfast di kedai ni.Bersebelahan hotel ni jer.Bihun sup dia sedappp woi...Menyesal aku tak order.

 Mereka semua order bihun sup jugak.


Aku tetibe order mee goreng.Padahal aku tak suke mee.Masa ni kira nak cepat je sebab tak sabar nak shopping.Makan pagi untuk 5orang dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM80.Power tak?

  

Lepas breakfast bergerak ke Chinatown.Kata nya kat sini harga sangat lah murah.And orang-orang Bent Than Market tu pun ambil stok kat sini.So ktorang pun menjelajah lah ke sini.

  Hari Sabtu ni ktorang tak guna tour guide.Jalan sendiri.Naik teksi Vinasun.Dari hotel ke Chinatown ni RM22.Balik kene RM32.Jauh la jugak dari hotel ke sini.


Pakcik ni tak cukup tidur.
 
 

Sekitar permandangan atau keadaan di depan Chinatown.Sangat sibuk.


Kat sini banyak sangat kain-kain.Aku pun memulakan operasi tawar menawar.Malang nya disini tak dapat tawar dengan harega murah pun.Aku try kaedah minta tawar separuh harga.Bila dorang tak bagi kita blah.Then nanti diarang panggil kita balik.Tapi haraammmmmmmmmmmmmmmmm.
Dorang tak panggil pun.Aku kehampaan okay.


 Then singgah satu kedai ni.So far okay.Dia bagi kurang.
Apalagi mulakan operasi memborong sampi licinnnn.
Kain ni hanya RM35 untuk jubah
RM40 untuk baju kurung


Cantik kain nya.Mak aku borong nak buat jual kata nya.
 
 

Aku tak minat sangat manik penuh macam ni.
Nampak cam crowded.Lain orang lain minat nya.
 
 

Aku beli yang sulaman punye.Beli 10pasang.
Untuk sanak saudara.


Settel shopping di Chinatown.Balik hotel hantar barang semua.Kemudian sambung berjalan balik.
Berjalan kaki ke Taka Plaza.
Yang ni kedai di area Taka Plaza.Kedai satu-satu.Murah la jugak.Design nya memang tak terdapat di Night Market atau Bent Than.

Yang macam Qu Puteh ni harga kat sini RM29.Sila jangan beli disini ya.Sebab aku dapat RM20 je kat area Malaysian Street tu.


Tak larat ok nak memilih.Sampai bersila aku.Sementara nak menuggun mak and kakak ipar aku memilih.Belakang aku tu silk vietnam.RM80 je tapi tak de saiz aku.Sangat menyakitkan.semua saiz kecik jer.


Tudung tu semua RM20 shj.Berlambak-lambak stok.


 Yang aku pegang tu baju kurung lace.RM70.Mahal sikit.Sebab ada kedai yang jual RM60 jer.



Ada banyak sangat pilihan.Manik ada,lace prada ada,sequin ada,jubah ada dan byk lagi

 Kain cotton.Aku dapat RM40 mengikut gred dan jenis.
Dalam Pasar Bent Than ada yang RM20 j utk 4meter.Kena pandai pilih kedai.

 Yang ni semua kat kedai ni RM29.Mahal sikit.
Area Malaysian Street hanya RM20 jer.


Cantik-cantik.Duit je tak berapa nak cantik.Hahah
 




Yang ni weols pergi Taka Plaza.Tak yah la pergi sini.Mahal nak mampos.Tak berbaloi
Selipar kat sini sampai RM30.What the helll...
 Sekitar Taka Plaza


 Kemeja Polo.
Barang laki banyak la kat sini.
Baru la ada sikit senyum kaum adam.

 Seronok shopping smpai tak sedar perut kelaparan.

 Singgah makan disini.Ok sedap jugak sebab tengah lapar yakmat.


 
 Mak aku makan clayport seafod fried rice.Kopi dia mmg powerrr bangattttt

 Selepas makan teruskan perjalanan pulang ke hotel.Sambil2 tu snap pic cikit.Kenangan di hari tua.

 Tetibe nampak mamat ni jual ayor kelapa.

 Seronok bergambar bang?
Pic aku dia tak nak tangkap.Bengang okay

 One happy family.Setiap tahun kalau boleh nak bercuti 1 keluarga.
Pergi ramai-ramai memang best sangat.

 

Then dinner kami hanya di depan hotel saje.Restauran 1 malaysia.

Bihun Goreng Singapore.Sedap jugak.And banyak.



Haaa si Dina ni banyak sangat sopping.Semua barang dia je okayyyyyy.
Settel dinner terus sambung sopping balik.
Rasa heaven betul.Hahaha.

Wednesday, February 4, 2015

Ho Chin Min : Shopping Part 1

 LoVeNiza Muah:)

As Salam...
Hari ini aku dengan semangat nya akan mengupdate blog ku yang sendu ini.Hahaha
Tujuan nya ialah untuk memberi info kepada mereka yang nak travel ke Ho Chin Minh ini.
Macam aku jugak,sebelum ke sana berjuta-juta kali aku mengoogle mencarik info.
Alhamdullilah selamat dah.So now aku share sedikit pengalaman bershopping ke sana.


Tiket memang dah beli masa bulan 12..5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.
Harga tiket untuk semua dalam RM3500.Masa tu tiket tak murah sangat.
Sebab beli last minit jugak.Luggage balik memang ambil 100kg.Haha
Dan memang dah agak 100kg tu tak cukup.So kita hand carry saje la.Ehhh yang tu last entry kita cerita.


First time aku sampai KLIA 2 ni.Besar betul.And kena jalan jauh.Menyampah ok.So weols park kereta kat KLIA 2 ni je.Siap snap pic area mane sebab takut sesat tak jumpa kete pulak nanti.


Macam biasa budak2 paling excited.Seronok betul dorang ni.Khalish kene tinggal dengan my in law sebab dia terlalu kecil nak dibawa.Takut dia tak selesa.Sebab Vietnam ni tempat shopping.Lain la kalau aku pergi London ke mmg confirm aku bawak dia.Balik Vietnam je muka aku naik bintik-bintik habis satu muke.Aku suspek sebab air dia kotor la.Siot betul.Satu hal aku nak merepair muka aku balik.Hahaha.

Besar sangat KLIA 2 nie.Sampai sesat larat la kejap silap lorong.Haha.Sampai2 je airport terus kitaorg check in luggage.Tu paling penting.Dah cek in baru hati senang sikit.Flight ada delay sikit tapi tetap sampai pada masa yang ditetapkan.Lewat sikit jer.


  

Sampai airport Vietnam,kami disambut oleh tour guide.Yeayyy..bagus sangat tour guide aku ni.Pandai cakap melayu.Nanti last entry aku share no tel dia.Oh yaa macam biasa mak aku adalah pesakit dialisis.So memang kene ambil tour guide untuk keselesaan ibu tercinta.Tak kuasa ok nak tahan2 teksi bagai dengan beg penuh ditangan nie.So bila dah book tour guide,hati manyak senang.
Pergi balik airport semua dihantar.

Terus tour guide hantar ke hotel.Sampai hotel terus check in.Tapi tak masuk bilik pun.Letak beg kat bawah jer.Pastu terus sambung berjalan.Rugi bep kalau datang jauh-jauh tapi ronda habis.Lagipun masa sangat terhad.Kena bertindak pantas.


Weols semua menginap di Hotel Hoang Hai Long 2.So far hotel ni ok sangat.Cukup semua.And dekat jer dengan Bent Than Market.Bersebelahan dengan Saigon Pink.Memang strategik.Ramai sangat orang Malaysia kat sini.Rasa macam kat Jalan Tar jer.

 
Suasana malam di sekitar kawasan hotel.Memang happening la malam kat sana.And kopi sana sangat-sangat lah kaw and sedap giler.Tapi kene carik yang halal yer.Makanan halal memang banyak kat sini cuma mahal sikit la.Biasa lah tue.




Kat sana banyak sangat motor.Sebab kata nya di Vietnam ni kalau nak beli kereta kena cash sebab kalau buat loan interest yer memang tinggi yakmat.Sebab tu rakyat sana banyak yang pakai motor.
Masa aku nak ke sini,mmg kakak ipar aku dah nasihat jaga bag and hp sebab sana banyak penyangak.Memang aku jaga betul2 la.Beg pakai silang.Hp tak berani nak keluar.Aku snap pic cecepat pastu simpan balik dalam beg.Takut sangat.Hahaha

 Kedai kasut kat sini mahal sikit.Ni aku pergi area kedai tepi area Bent Than Market tu..Dekat night market.Memang mahal la.Ada ke harga semua RM100.Tak berbaloi.Baik aku pergi beli kat butik terus je.
 Kasut Nike ni semua RM100-150.Mahal okeh.Baik beli yang ori terus.Tapi aku beli jugak kasut NIKE buat pakai jogging kat dalam Pasar Bent Than tu.Dapat RM50.Cantik jugak.Suami aku cakap kualiti yang aku beli tu sebijik Al-Ikhsan.Hehe


 Ada orang tu sibuk memilih.Tapi tak beli pun.Sebab 1 sen pun tak dapat kurang.Hampeh.



Then weolss jalan pergi ke Night Market.Ermm harga murah la jugak.Tak lah murah sangat.Hehe tapi terbeli la jugak aku.Macam dalam pic ni hanya RM70 sahaja.Ada macam2 saiz.Aku pun beli la yang purple tu.
  

Ni pun harga RM70 sahaja.Kalau kat Malaysia rasa seratus lebih ni.api aku tak minat yang ni sebab dah ramai sangat yang pakai.Nanti sama tak syok.


Tudung kak paridah...Hanya RM20 sahaja.Tapi aku tak beli sebab takut awning kemik.Nanti tak cantik.Tapi masa last day aku jumpa RM15 jer.Yang tu mak aku borong habis.


 Baju kurung moden RM70 jugak.Cantik jugak.


Ni Prda Lace.4 meter.Cantik jugak.Hanya RM70.Yang ni mak aku beli yang kaler pink tu.


Bag Deuters ni wajib beli.Sebab nak letak hasil borongan kat dalam nanti.Yang ni aku dapat RM30 jer.Jadi la kan.Abang aku borong sampai 3.Beli yang besar dengan yang kecik.Kualiti ok.Not bad.

  

Baru sampai pun dah sakan shopping.Dah puas shopping,baru masuk bilik.
Terus berehat,solat then terus tidur.Esok sambung aktiviti balik.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name