NuffnangKU

Followers

Wednesday, September 11, 2013

Beza....Memang Berbeza:)

LoVeNiza Muah:)

As Salam...
Entry aku ni aku rasa sangat penting supaya nanti aku dapat mengenang masa lalu.Hehe.
So now i am preggy da masuk 7 bulan dis week.So saje aku letak pic2 pregnant ku supaya dapat tengok perbezaan perut ku dari hari ke hari.


Masa ni sebelum preggy.Auww saya nampak kurus berbanding sekarang.Haha
Aku pun xtau la kenapa berat badan aku naik mendadak sangat.Takuit tau.
Tapi tak pe masa preggy ni naik lah banyak-banyak ye.Pas pantang nanti kita diet betul2.
Tak perlu risau,sebab pas pantang aku dah plan macam-macam.Nak aerobik,guna slim swiss,slim spray.Yg aerobik tu aku mcm susah je nak buat kan..Haha

 
Ok masa ni aku 5 bulan dah.Masa kandungan 2- 5bulan lebih semua orang cakap,perut aku tak nampak.


Akan tetapi masuk je 6bulan,aku terus membesar bagai tiada henti....Perut pun sudah macam belon.Haaaaa selum ni korang bising perut aku tak nampak.Sekarang terima lah.Pastu bila perut dah besar,ada jugak yg ckap,ehhh besar ye perut ko.So aku xfaham dengan mulut manusia ni.Kecik salah,besar salah..Manusia,manusia.......


Haaa masa ni 6 bulan 2 weeks...ni pic lepas makan.memang mendapat la ko perut macam bola..Hahaha...Baju tu bukan masuk dalam tau tapi memang design cmtu.Kang ada pulak yg cakap dah memboyot pun nak tuck in baju jugak.Hahaha.Laki aku dia memang sentiasa membuyung.Haha
Pastu sibuk panggil aku gemuk..gemuk...Ohh mungkin ini balasan Tuhan buatku sebab dulu aku suke cakap orang gemuk.Sekarang dah kene kat batang hidung sendiri.Baru lah aku paham erti perasaan kegemukan.Paling susah nak cari baju!Tertekan aku tiap kali nak pergi kerja kene menung dalam 10minit pikir nak pakai baju apa.Ini sume punca-punca buat aku lambat pergi ofis.


6 Bulan 2 Weeks
Masa ni shopping barang baby.Oh bukan main seronok lagi aku beli barang pink.
Baju pink,stokin pink,cap pink akan tetapi............................
Jeng..jeng..jeng....


Oh aku ke ni??so scary.....
Berat terkini aku 70kg.Ko mampu?
Dari 50 kg naik sampai 20kg...
Makan batu apeeeeeee......
Padahal berat baby baru 960gm.Tak sampai 1 kg...

oh...cry me a river...


Monday, September 9, 2013

Prepare Barang Baby

LoVeNiza Muah:)

As Salam...
Actually aku excited sangat nak menjadi seorang ibu ni..eceh..paling best masa shopping barang baby.Ohhh dah lama aku tak beli handbag.Sebab barang baby lagi penting dari handbag.
So aku start beli barang baby masa aku 6 bulan.Tepat 6 bulan tanpa ragu tanpa was-was terus je aku beli.Supaya senang di kemudian hari kan.Aku tak nak lah dah 7- 8bulan baru kelam kabut nak beli itu ini.So baik aku prepare awal-awal.

Ada yg cakap kalau beli awal-awal tak elok.So better beli masa kandungan 7 bulan kan.Tapi kalau kita yakin pada ALLAH,insyaallah tak de ape-apa.Semua yang terjadi dengan kehendak Allah kan.So yakin lah pada Nya.

So benda pertama yang aku beli ialah menda ni.Puas aku google utk set lepas bersalin,so aku baca byk review cakap produk ni bagus.So harap betul-betul bagus.Yang ni aku beli online je.Murah berbanding harga kat kedai jamu luar.Ni RM300 then dapat free pilis and minyak apebende ntah.


Tungku Baby...alalala so cute










Tungku for mummy.Ni aku beli sekali set dengan Nona Roguy,tungku baby,tungku mummy and bengkung.RM50 sahaja.


So yang ni carrier baby.Husband aku la excited nak beli mende ni.


Ini pulak bedung baby.Nampak cute gila kan.Balut baby ngan mende ni....RM40 je aku beli online.
Tapi aku beli lime green.Dah macam popia.



Bengkung baby.Aku beli yg zipzap punya sebab senang.sehelai rm5.Beli online jugak.

Breast pump elektrik tapi bukan jenama Medela ni.Aku beli kat kedai baby depan rumah aku.
Twins Baby kata nya.Tak tau lah aku cmne nak pakai mende alah ni.Harap-harap semua ok.
Set botol susu Avent.Yang ni aku beli new born punya.Juga online.Murah je RM126 cm tu.Ni kalau kat luar dalam RM189 cam tuh.So kita cut cost ya.Beli yang mana murah saje.

Baju-baju baby pun aku start beli dah.Haha padahal ni untuk bapa bulan punye ntah.Sebab apa aku beli sebab murah sangat uolsssssssss.Tak boleh tahan aku tengok.Ni beli online jugak dekat www.nile.com.my.Sangat murah lah barang kat website nie.Aku rasa aku beli dalam 5-6 pasang baju kot kat website ni.Berbanding website lain aku tengok semua mahal-mahal.

Masa ni aku tak scan pun aku baby apa.
Aku main beli je.Sebab masa raya haritu,ramai yang cakap aku ni mcm dapat anak gegurl.So confident je aku mcm confirm je dapat gegurl.


Romper ni pun beli kat nile.com.my...
Auuuuu comel sangat untuk anak ummi nie.



Stokin pun sama beli di nile.com.my


Bib ni murah sangat rm4.50 saje
Juga di nile.com.my

Maka nya marilah kita beramai-ramai bersoping di nile.com.my


Then hari tu,suami aku cakap nak beli katil baby.So kitorang pergi Smart Baby sebab masa tu ada sale.Maka terbeli lah katil design sebijik mcm ni tapi warna pink.So sweettt sangat and comel sangat warna pink.Confident jugak beli warna pink.Sekali kalau keluar laki,habiss lah.Haha
Katil ni 1 set dengan kelambu then macam ada bakul tuh.Cuma aku beli tilam je tambah bagi baby tido tinggi sikit.

So lepas ni operasi mengemas bilik je lah.Sebab bilik aku tak muat nak masuk katil ni.Hahah
Tak kan anak aku nak tido sesorang kat luar pulak kan.

Ummi and ayah tak sabar nak tengok kamu baby..
Jadi anak yang sihat,baik,soleh,beriman ye sayang..
Ummi and ayah akan berikan yang terbaik untuk kamu.
Takkan terkurang walau sikit pun.
We love u baby:)




Wednesday, September 4, 2013

Alhamdullilah berita gembira..

LoVeNiza Muah:)

As Salam semua....
Hari ni aku rasa macam nak share something yang buat aku happy sangat.
Setiap pasangan yang dah berkahwin for sure nak anak kan.
Tambahan pula aku dah 3 tahun berkahwin tapi tiada lagi rezeki ke arah itu.
Sehingga lah suatu hari itu........jeng..jeng..jeng....

Setiap hari aku berdoa sangat untuk dapat cahaya mata.
Aku bersyukur sangat sebab keluarga aku baik keluarga mertua aku tak pernah nak tanya-tanya
pasal ni.Suami aku lagi lah langsung tak de perasaan.Cuma yang buat aku stress bila orang sekeliling kan.So kesimpulan nya,peduli kan lah kata-kata nista orang sekeliling anda ya sebab kalau kita nak dengar cakap orang ni,memang sampai bila pun tak akan habis.

Ok nak dijadikan rezeki,Allah telah memakbulkan impian aku and husband.
Aku disahkan hamil 6 minggu.Masa tu aku happy sangat la uolsss.Jangan cakap lah.
Masa tu husband aku outstation tau,then aku just kol je bagitau.
Semalaman aku tak tidur tau.Masa tu kakak ipar aku teman buat check up kat klinik Al Ridzuan,Ipoh.
Masa tu semua family,kawan-kawan aku semua wish tahniah...tahniah...family aku semua excited gila kan.Gila kooo aku mengandung,macam tak percaya je sebab keluarga aku masih anggap aku ni macam budak kecik.So dorang mcm tak sangka.Kakaka

Tetapi...tetapi.........mendung jangan disangka tiada hujan.Eh?
Masa kandungan hampir nak masuk 3 bulan masa tuh,aku cekup di klinik gov.
Then masa scan tu doctor cakap baby tu tiada denyutan jantung.Ohhhhhhhh!
Dugaan apakah ini?aku merasa sangat sedih masa tuh.Seharian aku menangis.
Masa tu aku tinggal di Cameron sorang-sorang.Bagus jugak.Tak de sapa masa tu.
Boleh lah aku menangis puas-puas kan.Then suami aku banyak bagi sokongan.Dia cakap mungkin tak de rezeki kita.Allah lebih mengetahui.

So kejap je,pastu aku cool balik.Aku malas nak menangisi sebab aku yakin dengan kuasa Allah.Kalau dia nak bagi anytime je dia bagi,tapi kalau dia nak tarik sekelip mata je kan.So lepas tu aku buat D&C di Pusat Perubatan UNIKL,Ipoh.Bapak mahal harga dia.Hahaha.Tapi tak pelah asalkan aku punye rahim bersih dah kan.So aku berpantang selama seminggu.

Masa tu semua saudara mara,kawan-kawan semua bagi semangat.So aku dah tak bersedih dah.Tambahan pulak lepas kejadian tuh aku dapat transfer ke Ipoh.So aku dah lupa dah pasal kesedihan itu.

Sehinggalah selepas 2 bulan kejadian tersebut,Allah bagi lagi rezeki untuk aku lagi.Alhamdullilah.
Ketika aku menulis entry ini,kandungan aku sudah mencecah 6 bulan 3weeks.Yabeda beduuuuuuu.
Tujuan aku menulis entry ini,supaya aku ingat balik saat-saat indah,suka duka,Sesungguh nya perancangan Allah itu Maha Hebat.


Kejap je Allah gantikan aku cahaya mata lagi.Perasaan masa tu entah tak tau nak cakap.Sebab sebelum aku tahu aku pregnant lagi,aku tetibe je rasa macam rindu sangat nak mengalami saat-saat indah masa 1st pregnant tu.Tup tup aku buat upt test,tengok double line.Mak happy nyah!

So untuk kandungan ini,memang aku malas nak kecoh-kecoh.Malas nak over excited sebab takut sangat kalau apa-apa jadi.So far,alhamdullillah semua nya baik-baik sahaja.Doakan aku ya.
Masa awal-awal kandungan tu,aku mengalami sakit kepala yang teruk.Hari-hari aku sakit kepala.Sampai aku rasa mcm nak berhenti kerja je sebab aku tak larat sangat badan,lemah-lemah semua.Setiap hari aku tidur kat surau dengan muka pucat nya,dengan tudung selekeh nya.Arghh aku peduli apa masa tuh.

Then nak dijadikan cerita,my bff pun Neena dia pun preggy.Cuma beza seminggu je.Haha memang lawak sangat.Kitorang preggy sama-sama.Setiap hari kitorg mengadu sakit itu la,sakit ini la.Haha.
Sekuarng-kurang nya aku ada sorang kawan yang dapat aku share macam mana kepayahan and keseronokan mengandung.

Then masa pregnant juga,aku suke makan masam-masam.Aku ingat lagi masa awal-awal pregnant,aku dah la hari-hari sakit kepala pastu letak minyak cap kapak pun tak jadi apa,Pastu aku gatal pulak pergi beli asam jeruk bawa pergi ofis.Sempat lah jugak bedal 2 bijik.Then akak ofis aku nampak dia punya membebel..........Hoi orang pregnant tak boleh makan jeruk lah!!Aku serius masa tu tak tau.Terus aku tak makan dah.Bajet tindakan bijak la beli jeruk dapat hilangkan sakit kepala.Nasib baik lah kandungan aku tak jadi apa-apa.Syukur sangat.

Then masa preggy jugak,sekali je aku morning sickness.Tu pun keluar air je,Pedih sangat perut aku masa tuh.Aku tak dapat bayangkan orang yg hari-hari kene morning sickness.Mesti seksa kan.Masa puasa hari tuh,bayangkan hari-hari tiap kali nak berbuka mesti aku beli bubur kacang.Entah kenapa suka sangat bubur kacang.Sebelum ni mmg aku tak pandang pun.Then nak cakap aku mengidam rasa nya tak ada lah sangat kan.Nasib baik lah kan.Mungkin sebab aku ni bukan jenis manja sangat kottt.
Sebab aku tau kalau aku mengidam,aku yang kene pi cari makanan tuh.So lebih baik aku tak yah mengidam.Hahaha....

Sekarang ni aku tak sabar sangat nak menanti cahaya mata sulung penyeri hidup ku ini.Pasni mesti rutin harian ku akan berubah sepenuh nya.Nasib la pengasuh dah jumpa.Cuma dalam pantang nanti je aku tak tau macam mana sebab mak aku tak sihat sangat tuh.So aku pantang sendiri-sendiri je lah nanti.ALhamdullilah sejak pregnant,rezeki sentiasa ada.Memang anak ini pembawa tuah,pembawa rezeki untuk umi and ayah.Betul lah Allah cakap,setiap anak ada rezeki masing-masing.

Nasihat aku pada yang belum ada rezeki,ingat kita jangan sesekali berputus asa ye dengan rahmat ALLAH.Sesungguh nya Allah itu Maha Besar,Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan juga dibumi.Kalau Dia nak bagi lambat mungkin sebab DIa nak menguji kita.Teruskan berdoa ya.Insyallah pasti Allah makbulkan.

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name