NuffnangKU

Followers

Thursday, May 21, 2015

Cara Tukar Nama Kenderaan

LoVeNiza Muah:)


As Salam....

Hari tu ditakdirkan Allah,ada la sorang pakcik ni berkenan sangat dengan kereta aku.
Aku pun tak tau kenapa.Mula nya tak de niat aku nak tukar kete kan.Ingat nak settel hutang je
pastu malas nak berhutang dah.

Tapi takdir kan.Masa tengah servis kereta,tetiba pakcik ni tegur.Cantik kete kate nya.
Mak aku pon saje la ckp"A ah nak jual kete ni"
Lepas tu terus hari2 pakcik ni kol cakap minat nak beli.
Dah tu nak murah pulak tu.
Aku pun saje la cakap aku nak jual RMXX,XXX.00

Lepas seminggu pastu dia kol lagi cakap betul2 nak beli.
Disebabkan aku ni memang insan yang baik hati lagi penyayang,
tak sampi hati aku nak menolak hasrta pakcik tu.Maka bincang punya bincang
maka setuju lah aku untuk menjual pada pakcik tu sekian-sekian harga.

Hari yang dinantikan pon tiba.Siyes aku memang tak tahu langsung cara nak tukar
nama keta ni.Sebab tu aku mls jual.sebab aku malas nak pergi Puspakom.Aku malas nak
pi JPJ.Aku malassssssssss nak buat sume2 nie.Tapi TERPAKSA jugak!

Ok sebagai seorang wanita yg very the independent,gituuuuuuuuu
Aku bawak la jugak kete aku ni pi Puspakom.Oh ye sebelum tukar nama,
make sure anda tiada hutang dengan bank yer.Settelkan hutang tu dulu.
Then bank akan clearkan hutamg kita tu dalam masa 3-4hari.










Aku pergi Puspakom Gopeng.Setengah mampos ok aku mencarik tempat nya.
Last2 kol pakcik tu suh tunjuk jalan.Tak ramai sangat la Puspakom Gopeng ni kalau
nak dibandingkan dengan Puspakom Ipoh.Confirm ramai.

Masa ni kete ikut Q tunggu orang Puspakom cek kereta kita.
Supaya kereta kita tu bukan kereta potong.
Sebelum bawak p Puspakom aku dah tukar siap2 num plat yg standard
Pastu tinted pun aku dah bukak sebab aku tak nak problem masa kat puspakom nanti.
Masa kat Puspakom ni kene caj RM31.90.

Lebih kurang sejam menunggu,so dapat lah result nya.
Alhamdullilah kereta aku lulus semua.Tak ada masalah.

Then next step pergi pulak ke JPJ bawak sekali result Puspakom tu.
Sampai JPJ terus pergi kaunter C untuk clearkan hutang dengan bank tu.
SO nanti dalam sistem dia JPJ dia akan clearkan nama bank tu.

Then lepas dah clear kan nama kita.Pergi pulak isi borang tukar nama dengan
borang matikan roadtax.Sebab sekarang ni kene matikan roadtax tu.Then pemilik
baru kene beli insurans baru and buat new roadtax pulak.Gituh.

So roadtax aku tu mati bulan 11.So boleh claim la RM30 lebeh.
Pastu cara nak claim dia nak kene isi borang la,itu lah ini lah
pastu nak kene datang pulak ke JPJ semata2 nak ambik rm30 tu.
Last2 aku cakap malas lah saya nak claim.Tak da masa aku asik nak dtg JPJ jer.
RM30 je pon.Tak pe la.

Pastu tukar nama kene caj RM100.
Dah settel semua,maka selamat lah kereta aku berpindah ke tuan baru.
Wah kesedihan nya daku melihat kereta ku bersama insan lain.



















Maka denga perasaan yang bercampur baur,pergi lah aku mencarik kereta baru
untuk diriku.Pastu sekarang tgh tunggu loan approve lah ni.Pastu stok kete tak da pulak.
Kena tunggu stock sampai sebab aku gatal sgt nak kete warna putih.

Maka nya kereta mak aku lah jadi mangsa sementara tunggu kete Lamboghini aku keluar.
Hahahaha...

Ok so cara tukar nama kereta:
1)Settelkan hutang dengan bank
2)Bawak kereta pergi Puspakom
3)Pergi JPJ tukar nama
4)Settel proses tukar nama

*Geran kereta jangan lupa bawak yer.

Ok sekian panduan untuk uolsss jika ada yang nak tukar nama

Wassalam


Monday, March 9, 2015

Ho Chin Min:Shopping Part 3

LoVeNiza Muah:)

As Salam...
Bertemu kembali kita setelah beberapa hari bercuti dari menulis..
Ok last part.Part paling boring sikit sebab hari ke 3 dah tak shopping dah.Haha.
Last day ni weolss ronda2 Ho Chin Minh sahaja melawat tempat-tempat bersejarah dimana ia nya sangat membosankan bagi mak aku.Hahahah dan juga anak nya..Tapi aku suke je sejarah2 nie.
Tapi antara sejarah dan shopping,shopping la paling win!Haha..

Di awal pagi Tour Guide aku Jasmany ni dah stanby awal2 dah.Kitorang cakap datang kul 9 ke 10 ke.
Tapi dia cakap rugi.Kul 8 saya sampai kata nya.Haha bagus betul tour guide aku nie...
Maka pukul 8 lah ktorg semua check out dengan jaya nye.


Naik van mercedes.
Besar kot van ni.Selesa sangat.

Aku cop tempat depan sebab kalau dok blakang sakit kepala..
ehh masa ni gemuk pulak aku...hahah ade aku kisah..
yang penting dapat shopping...
 
















Then kami telah dibawa untuk breakfast di satu tempat..
Cewahhh..agak jauh sikit dari hotel.
Ini nama nya daging salai.
Jangan risau sebab ianya halal.

















Ini gambar depan kedai.
Ramai juga tourist yg datang sini.






















Aku order yang ni..
Serius sedap..roti dia besar gila.
Boleh makan 2 orang.. 
 





















After breakfast kami teruskan perjalanan ke Chu Chi Tunnel
Eh betul ke ejaan nya entah..Tapi ini lah tempat yang aku maksud kan.
Tempat perang zaman dulu-dulu.
    Masuk kena bayar tapi tak lah mahal sangat.
    Perjalanan sejam lebih.Tempat ye dalam kampung-kampung.







 























Saje suh Dina bersnap pic dengan anak Mat Salleh ni..
Hehehe...






















Jauh ok berjalan kat sini..
Sapa dtg sini sila lah stanby air mineral sejuk 4-5botol
Da la panas..Berpeluh2 ok..Macam jungle tracking..

















Tour guide aku tengah beri penerangan dengan penuh semangat.
Tapi kitorg dengar tak dengar je..kong ajooo...

Yang baju petak-petak tu la tour guide kami..Baik orang nya.Memang highly recommended.Sebab dia Islam and pandai cakap melayu.Masa di Ho Chin Minh ni sangat wajib bagi aku untuk cari tour guide orang Islam sebab kat sini banyak yang tak halal.Even jagung bakar kat sini pun tak halal sebab dia taruh lemak babi.Ada orang Malaysia yang makan.Then sebagai rasa tanggungjawab kami tegur orang Malaysia tu bagitau jagung tu tak halal.Dorang tak tau sebab tour guide ye bukan Islam.Nampak tak penting nya tour guide Islam?tak pasal2 ko da makan babi.Itu bahaya ye.Yang penting tanggunjawab aku selesai.Ko nak sambung makan jagung tu balik ke ko punye pasal sebab benda dah bagitau kan. 


















Tour Guide ni jugak lah yang tukang tangkap gambo family..
Hehehe..memang tak rugi..kahkahkah..
Kitorg bergambar je alert.Tang dia bagi penerangan abg aku sorg je dengorr..














Bab makan pun alert jugak..haha
Makan ubi kayu rebus cicah kacang ngan air teh.
Halal and toyyibah...free je ni tapi ramai yang xtau..
Just bagi tips je kat org tu singgit dua..














Teruskan perjalanan dan bergambar..bergambar dan bergambar...














Ni lubang uuntuk perangkap ke ape ntah..hahah aku lupe...
Mamat ni rajin la mencuba...kalau aku tak kossserrrr deknun...
Habis tudung2 aku nanti..














Bergambar sikit lagi..
walaupon background hutan je...














Ni lubang ye kecik amat..muat2 badan sorang je..
Sume x nak cuba melainkan laki aku sorg je hadap..haha














Berehat sebentar setelah kepenatan...

















Melihat-lihat sambil berfikir bila lah nak habis nie...
Tak larat dah aku....

















Ada kete perang plak kat sini..
ayuh kita bergambar.....

















Ada askar jadian disini..
ayuh kita bergambar...

















Ada busut disini..
Ayuh kita bergambar....
Hahaha






















Lepas dah habis jalan di Chu Chi Tunnel tu.
Tour guide bawak lunch.Lunch tu termasuk dalam harga pakej.
So makan la puas2..
After lunch terus balik Ho Chin Menh balik.
Then ronda2 area sini pulak...






















Kawasan bandar diorang...

















Ni istana dorang






















Then weolss singgah di muzium.
Then ini adalah tempat penjara masa zaman tok kadok dulu..
Kalau dtg waktu malam,memang serammm.
Yang ni tempat pancung kapla woooooo...
Gila tak serammmm...

















Yang ni tempat dorang kurung banduan.
Masa ni zaman komunis ni la..
so sapa rakyat tempatan yang cuba melawan komunis,
dorang kasi kurung dalam ni...
kesiannnn sangat..






















Dah habis pergi muzium,pergi pejabat pos pulak
Gila ko pejabat pos pun nak pergi?apa barang?
ok pejabat pos dorang cantik ok..
Ada mende alah ni..Malaysia xde..
hehe

















Building belakang aku tu church.
niat aku tak da lain tak xde bukan hanyalah ingin bergambar shj
sebab seni bina dia sangat menarik.konon2 aku di europe.
padahal vietnam ajoooooo...






















Ni la pejabat pos dorang.masih beroperasi.






















 ala-ala London tak...






















Lepas tu mari lah kita ke tempat wajib.
Hard Rock Cafe..dorang ni semua adalah peminat and pengumpul tegar barang
HRC.x semena-mena aku nampak mak aku pon beli barang HRC.
aku sangat kepelikan.aku nampak dia beli baju, topi and mug.Motif?
Ohh nak bagi abang aku hadiah.

Aku pon beli la selai dua baju untuk anak aku Khalish Fattah anak ummi yang comel lagi soleh.muahmuah..

Sales Assistant kat sini kerek pastu poyo lak.
Arghhh malas aku nak ingat.

















Bergambar lah kome..ape lagi...


















Dan lagi...






















Ehhh ada lagi....

Dan lagi...hehe
 





















Lepas gi HRC,weolss minum2 kopi dulu dekat Parkson diorang.
Sambil tu solat sekali situ.Kopi vietnam ni mmg sedap la.
Terasa2 sampi sekarang.Then lepas tu tour guide hantar weols ke airport.

Bila balik beg pun bertambah.
Masa ni baru bayar duit tour guide kat Jasmany.Baik sgt dia.
Aku letaak duit tu dalam sampul.
Dia amik je sampul tu tak de pun kira.
Nasib la aku ni jujur.
Baik betul dia tu.

So if ada yang berminat nak dapatkan service Jasmany ni,
korang boleh terus wassap dia ke------------->+84909542641
Tak payah bayar depo ke ape ke.Terus bayar masa kat Vietnam je.
Senang sangat deal dengan dia.Sesama Islam kan.
wah kemain lagi aku memuji dia.Hahaha.
Tapi serius,dia punye penerangan tu mmg details.

Okay masa balik mujur la kitaorg amik 100kg.
Memang ngam2.Mak aku sorang sampai 3 beg besar.
Aku 2 beg.Abg aku lagi,kakak aku lagi si Dina lagi.
Hahaha nasib baik cukup.

Alhamdullilah semua nya ok.
Nyaris2 kene pau dengan imigresen sana.huhu
Nasib ALLAH tolong.
Sekian cerita saya.Musabab betul nak habiskan entry ni.Hahah
Ok wassalam.Selamat bercuti pada siapa yang akan ke Vietnam nanti.

ASSALAMMUALAIKUM.

Thursday, February 5, 2015

Ho Chin Min: Shopping Part 2

LoVeNiza Muah:)

As Salam.Untuk hari kedua diteruskan dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan.Tadaaaa mulakan hari dengan sedikit senyuman.Bersiap-siap untuk menyerang Saigonnnnn.Haha.


Check Point adalah di lobbi hotel.Menunggu kakak dan abang aku turun.
Kitaorang ambil 3 bilik hotel.Senang.Selesa pun yer.



 Then breakfast di kedai ni.Bersebelahan hotel ni jer.Bihun sup dia sedappp woi...Menyesal aku tak order.

 Mereka semua order bihun sup jugak.


Aku tetibe order mee goreng.Padahal aku tak suke mee.Masa ni kira nak cepat je sebab tak sabar nak shopping.Makan pagi untuk 5orang dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM80.Power tak?

  

Lepas breakfast bergerak ke Chinatown.Kata nya kat sini harga sangat lah murah.And orang-orang Bent Than Market tu pun ambil stok kat sini.So ktorang pun menjelajah lah ke sini.

  Hari Sabtu ni ktorang tak guna tour guide.Jalan sendiri.Naik teksi Vinasun.Dari hotel ke Chinatown ni RM22.Balik kene RM32.Jauh la jugak dari hotel ke sini.


Pakcik ni tak cukup tidur.
 
 

Sekitar permandangan atau keadaan di depan Chinatown.Sangat sibuk.


Kat sini banyak sangat kain-kain.Aku pun memulakan operasi tawar menawar.Malang nya disini tak dapat tawar dengan harega murah pun.Aku try kaedah minta tawar separuh harga.Bila dorang tak bagi kita blah.Then nanti diarang panggil kita balik.Tapi haraammmmmmmmmmmmmmmmm.
Dorang tak panggil pun.Aku kehampaan okay.


 Then singgah satu kedai ni.So far okay.Dia bagi kurang.
Apalagi mulakan operasi memborong sampi licinnnn.
Kain ni hanya RM35 untuk jubah
RM40 untuk baju kurung


Cantik kain nya.Mak aku borong nak buat jual kata nya.
 
 

Aku tak minat sangat manik penuh macam ni.
Nampak cam crowded.Lain orang lain minat nya.
 
 

Aku beli yang sulaman punye.Beli 10pasang.
Untuk sanak saudara.


Settel shopping di Chinatown.Balik hotel hantar barang semua.Kemudian sambung berjalan balik.
Berjalan kaki ke Taka Plaza.
Yang ni kedai di area Taka Plaza.Kedai satu-satu.Murah la jugak.Design nya memang tak terdapat di Night Market atau Bent Than.

Yang macam Qu Puteh ni harga kat sini RM29.Sila jangan beli disini ya.Sebab aku dapat RM20 je kat area Malaysian Street tu.


Tak larat ok nak memilih.Sampai bersila aku.Sementara nak menuggun mak and kakak ipar aku memilih.Belakang aku tu silk vietnam.RM80 je tapi tak de saiz aku.Sangat menyakitkan.semua saiz kecik jer.


Tudung tu semua RM20 shj.Berlambak-lambak stok.


 Yang aku pegang tu baju kurung lace.RM70.Mahal sikit.Sebab ada kedai yang jual RM60 jer.



Ada banyak sangat pilihan.Manik ada,lace prada ada,sequin ada,jubah ada dan byk lagi

 Kain cotton.Aku dapat RM40 mengikut gred dan jenis.
Dalam Pasar Bent Than ada yang RM20 j utk 4meter.Kena pandai pilih kedai.

 Yang ni semua kat kedai ni RM29.Mahal sikit.
Area Malaysian Street hanya RM20 jer.


Cantik-cantik.Duit je tak berapa nak cantik.Hahah
 




Yang ni weols pergi Taka Plaza.Tak yah la pergi sini.Mahal nak mampos.Tak berbaloi
Selipar kat sini sampai RM30.What the helll...
 Sekitar Taka Plaza


 Kemeja Polo.
Barang laki banyak la kat sini.
Baru la ada sikit senyum kaum adam.

 Seronok shopping smpai tak sedar perut kelaparan.

 Singgah makan disini.Ok sedap jugak sebab tengah lapar yakmat.


 
 Mak aku makan clayport seafod fried rice.Kopi dia mmg powerrr bangattttt

 Selepas makan teruskan perjalanan pulang ke hotel.Sambil2 tu snap pic cikit.Kenangan di hari tua.

 Tetibe nampak mamat ni jual ayor kelapa.

 Seronok bergambar bang?
Pic aku dia tak nak tangkap.Bengang okay

 One happy family.Setiap tahun kalau boleh nak bercuti 1 keluarga.
Pergi ramai-ramai memang best sangat.

 

Then dinner kami hanya di depan hotel saje.Restauran 1 malaysia.

Bihun Goreng Singapore.Sedap jugak.And banyak.



Haaa si Dina ni banyak sangat sopping.Semua barang dia je okayyyyyy.
Settel dinner terus sambung sopping balik.
Rasa heaven betul.Hahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name