NuffnangKU

Followers

Tuesday, July 21, 2009

Kisah Zina~~

LoVeNiza Muah:)

Salam...
Arini aku ade terbaca kisah zina
yg aku fikir tidak ade pghujung nyer ini...
mgkin shingga kiamat baru berhenti ye zina ini...

Aku pon mgkin xbaik..
sering melakukan zina mata,zina hati dan lain-lain...
Tapi sgt menyentuh hati tatkala
aku membaca ayat-ayat permata ini...
Jum kite hayati same2:

Sesesungguhnya manusia itu memang tak boleh tahan dengan ujian seks ini, kecuali yang kuat imannya, sebab tu ada golongan yang di tempatkan di bawah arays Allah dengan sejahtera di akhirat kelak kerena mereka di dunia dahulu adalah golongan yang menolak zina dengan berkata "kami takut kepada Allah" walaupun di goda oleh wanita cantik lagi bangsawan...

Beruntunglah lelaki itu dan beruntungkah wanita yang berkahwin dengan lelaki itu dan beruntunglah juga wanita yang sudi BERMADU dengan lelaki ahli shurga itu....

Juga cerita malaikat yang mempertikaikan taubat seorang manusia lalu Allah menjadikan 2 malaikat itu sebagai manusia tapi kesudahan ceritanya mereka juga tersungkur di kaki wanita (berzina) lalu di azab sampai sekarang..(rujuk kitab Harut dan Marut)
Ni kisah nya:
Di zaman Nabi Idris a.s. apabila diangkat amalan-amalan jahat anak.Adam dari Bumi ke langit, maka para Malaikat berkata "Anak-anak Adam(manusia) itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi> tetapi mereka mendurhakaiMu". Allah SWT berkata "Kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka juga,nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan juga". Para Malaikat menjawab "Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan sampai kami mendurhakaiMu!".

Maka Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih dua Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk dikirimkan ke bumi. Maka dua Malaikat dipilih iaitu Harut dan Marut, iaitu dua Malaikat yang paling Soleh dan banyak ibadatnya kepada Allah SWT. Sebelum diturunkan ke bumi Harut dan Marut dilengkapkan dengan syahwat dan keinginan seperti manusia. Mereka diutus ke bumi untuk mengadili perkara antara manusia dengan hak dan keadilan. Allah SWT mengingatkan mereka agar menjauhi dari Syirik, pembunuhan tanpa hak, perzinaan dan meminum arak.

Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun datang.

Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi, apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakah engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku ke atas diriku". Jawab rakannya "Benar".

Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu menolak dan pulang ke rumahnya. Keesokan harinya, wanita jelita itu datang lagi dan berkata "Baiklah! Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu membunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut dan menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT.

Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya. Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan. Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak".

Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara kebetulan, kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ, lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuh orang itu.

Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.
Huh! Malaikat yang telah melihat alam ghaib boleh tumpas dengan ‘senjata setan', maka apatah lagi aku dan korang..


Hadith yang di riwayatkan dari Tarmizin dan Ahmad yang bermaksud:
"seburuk buruk orang di akhirat adalah orang yang menceritakan pengalaman bersertubuhnya kepada orang yang bukan hak"
Orang yang bercerita akan di laknat, apatah lagi orang yang mendengar..,!!!(naduzubillah)
(ni mgkin bg yg dah kawin)

Ayat harus skema
sesuai dgn entry ini...
Jika xskema,takot xde keinsafan yg akan timbul...
*Nasib aku xde bf..haha..lau x potensi nak wat haram ni sgt tggi..
Minx dijauhkan amin...

2 comments:

  1. serius best sgt baca psl zina ni.. ermm manusia x lari dari melakukan zina, ziana mata, zina hati etc.. nice entry.. *wing*

    ReplyDelete
  2. Kalo bisa hapus tuh harut dan marut..

    itu cerita palsu..

    di hadist atau AL-Quran Pun bertolak belakang

    http://www.mail-archive.com/hidayahnet@yahoogroups.com/msg07058.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name