LoVeNiza Muah:)
Pesawat Aeroflot penerbangan 593 dari Moscow ke Hong Kong menceritakan segala-galanya. Jika dahulu saya hanya dengar-dengar sahaja tentang dahsyatnya kejadian itu, kini saya dapat menyaksikan lakonan semula yang disiarkan melalui dokumentari National Geographic Channel.
Penerbangan Kebangsaan Rusia ini memang mempunyai reputasi keselamatan yang teruk. Ia sering menjadi bahan senda gurau, terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang pulang bercuti dengan bajet rendah. Mereka menaiki pesawat dari London ke Kuala Lumpur melalui Moscow, sebagai penerbangan yang paling menjimatkan walaupun banyak cerita yang tidak enak dibualkan.
Tetapi kejadian 23 mac 1994 menjadikan segalanya bukan lagi satu gurauan.
Pilot yang mengendalikan pesawat Airbus A310 itu, Yaroslav Kudrinsky, membawa bersama dua anaknya bercuti ke Hong Kong kerana Aeroflot ketika itu menawarkan diskaun buat kakitangannya untuk membawa ahli keluarga terbang ke mana-mana destinasi dunia. Aeroflot pula ketika itu sedang rancak dengan kempen rebranding mereka pasca kejatuhan Soviet Union.
Penerbangan itu adalah penerbangan yang penuh dengan kasih sayang.
Si bapa, amat teruja membawa anaknya Yana dan Eldar pergi bercuti. Kedua-duanya yang seronok duduk di belakang, gembira dan berasa bangga kerana pesawat yang mereka naiki itu dipandu oleh ayah mereka sendiri. Namun keseronokan itu diperpanjangkan lagi dengan lawatan mengejut Yana dan Eldar yang ditemani oleh bapa saudara mereka ke cockpit di hadapan. Mana-mana sahaja penumpang, pasti ghairah untuk masuk ke bilik kawalan pesawat. Segala peralatan yang canggih, juga pemandangan daripada tingkap depan pesawat, ia sangat eksklusif. Yana dan Eldar bertuah berbapakan seorang juruterbang.
Yaroslav sangat menjiwai dirinya sebagai seorang bapa. Lantas beliau bertindak di luar jangkaan.
Kasihnya sebagai seorang bapa, telah membawa beliau menawarkan tempat duduknya kepada Yana. Anak perempuannya itu sangat gembira. Tetapi Yana sekadar menyentuh kolum kawalan. Apabila Yaroslav mengajak anak lelakinya Eldar mengambil tempat Yana, beliau begitu gembira dengan pelawaan ayahnya. Yaroslav terlupa bahawa pesawat itu sedang memecut pada kelajuan ratusan kilometer sejam. Lupa kepada posisi pesawat yang berada pada ketinggian puluhan ribu kaki dari paras bumi. Lupa kepada nyawa manusia yang dipertaruhkannya.
Eldar telah menolak kolum kawalan dengan kuat dan tindakannya itu menyanggah sistem autopilot selama 30 saat.

Apa yang tidak diketahui sesiapa, tindakan Eldar itu sebenarnya telah memutuskan pesawat daripada sistem autopilot yang mengawal penerbangan.
Biar pun lampu amaran telah menyala, tiada sesiapa pun yang menyedarinya kerana nyalaan itu berlaku tanpa bunyi amaran. Kecuali Eldar. Beliau telah memanggil bapanya dan ketika itu semua orang tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Pesawat telah membelok setajam 45° dan terus menerus membelok. Kesan g-force telah menghalang Yaroslav untuk kembali ke tempat duduknya dan memegang kembali kolum kawalan pesawat.

Setelah puas berusaha, akhirnya Yaroslav dan pembantunya berjaya mengawal pesawat tetapi kedudukannya sudah terlalu rendah hingga tidak memungkinkan ia diselamatkan. Airbus A310 bersaiz gergasi itu menjunam dan terus menjunam.
Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia!
Seluruh kakitangan dan penumpang maut terbunuh. 75 nyawa maut dalam pelukan kasih seorang bapa bernama Yaroslav.
Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia!
Seluruh kakitangan dan penumpang maut terbunuh. 75 nyawa maut dalam pelukan kasih seorang bapa bernama Yaroslav.
Yana & Eldar Kudrinsky
Yaroslav Kudrinsky
Kredit to:www.saifulislam.com
thats really sad
ReplyDelete