NuffnangKU

Followers

Thursday, November 3, 2011

Ingin hamil

LoVeNiza Muah:)




As Salam

Seperti yang diketahui aku dah kahwin lebih setahun ++...
Dan mmg mengharapkan cahaya mata bagi menyerikan lagi perkahwinan kami.eceh
Dan yg plg utama sekali mestilah aku mengharapkan anak aku akan mendokan ibu bapa nya
apabila kami dah tiada di dunia ni nanti.Tetapi sehingga kini masih tiada rezeki.Dan aku xkan
pernah nak berputus asa atau berputus harap sbb aku serahkan 100% segala nya pada Allah dan Allah tak suka pada hamba nya yg berputus asa.Itu je ayat yg aku pegang.

Dan sebagai manusia mmg aku akui sedikit sebanyak hati ini banyak terguris.Kadang2
menangis sesorg sbb gembira tgok zuriat orang2 lain.Mungkin Allah sedang menguji aku
dan aku redha.Setiap kali hati terusik,setiap kali tu lah aku banyak habiskan masa aku dgr
ceramah Ustaz Kazim dan search internet tentang orang2 yang xdapat anak jugak or yg senasib mcm aku ni.

Tapi Ustaz Kazim ckp setiap yg berlaku itu ada hikmah nya.Yang xde anak perlu bersyukur sebab sekurang2 nya dia xperlu menanggung dosa masa nak membesarkan anak nya itu.Zaman skg kan byk kes bagi anak mkn duit haram.Jadi sekurang2 nya aku xdpt dosa tu.Betul jgk ckp Ustaz tu kan.Tapi xpe....Aku skg tgh diuji dan jika aku redha aku yakin Allah akan bagi kegembiraan pada aku satu masa nanti.Kalau x dunia,mungkin di akhirat:)

Jadi kawan-kawan yang mungkin senasib dengan aku,ni ade tips utk anda.Aku pun tak cuba lagi.Mungkin lepas ni boleh cuba:) Dari Ustazah Nor bahiyah

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Wassalam

5 comments:

  1. Salam dear,

    rezeki anak datangnya dari Allah..InsyaAllah ade rezeki satu hari nanti..selain berdoa, kita usaha..tak salah kita mencuba kaedah2 rawatan yang ada..care to read my entry pasal conceive anak..http://mamafaizzhafran.blogspot.com/2012/02/trying-to-conceive-pb-helps-real.html :)

    ReplyDelete
  2. salam,nak cuba produk susu kamnbing al-khisbun tak? rm55 jer 1 botol...alhamdulillah saya telah pregnant selepas guna produk tersebut..skrg selamat lahirkan baby girl n dah 3 bulan skrg.klu minat nak cuba boleh la contack saya k...013-6063136 (sue)

    ReplyDelete
  3. Aslmkm,slmsjhtera
    We Just Open Our Latest Deal!!! :)
    HANYA RM1/pcs strip ujian kehamilan dan ovulasi
    lawati:http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Takpe..yang penting usaha dan tawakal pada Allah... Ada hikmah atas segalanya.. Mungkin awk boleh try ni utk conceive http://www.vitasihatcantik.blogspot.com/2012/10/tips-hamil-dengan-gla-complex-shaklee.html

    ReplyDelete
  5. Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set kecantikan, set menyusu, bersalin & hamil :)
    http://thevitamomshop.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name