NuffnangKU
Followers
Monday, November 14, 2011
Moh Ke Pulau Kiteeeee
Friday, November 11, 2011
Very the best online shop:)
As salam...
Nak puji sikit la ada satu online shop ni...Mmg xpernah aku jumpa
lagi online shop macam ni tau..
Alkisah nya aku mmg sangat2 mencari sejenis barang ni...
Tup tup jumpa la kat 1 online shop ni...da puas survey kat shop lain,
tapi online shop ni jgk yg murah harga nya.
Aku pon menghantarkan email kepada tuan nya..
Dan alhamdullilah tuan nya balas....
Lepas dah kawtim tu aku pun terus la ckp nak beli sume bla..bla..bla...
Then bila aku cakap nak buat bayaran,tuan nya ckp tak payah.
Tunggu barang sampai baru bayar..
Wah?best nye...pestime tau aku jumpe online shop yang hantar brg dulu baru bayar.
Then hari ni aku dah dapat barang tu...semoga murah rezki org tu..
Kejap lagi baru aku nak p buat bayaran.
Nasib la aku ni jenis jujur..kalau org len,msti wat diam je kan...
Hehehehe tetibe nak bangga diri pulak....:)
Ke mmg sebelum ni ada online shop yg buat sistem mcm ni?
Bercuti Ke Sabah Bah:)
Hoyey...
Hari tu aku whole family going to sabah for holiday...
Happy..happy..happy sbb dapat rest kan minda and enjoy....
Aku perlukan percutian coz serabut sgt bila ingatkan pasal kerja:(
So kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 6.30 pagi cm tu
Then terus ke LCCT and parking kete kat situ...
Bawak Beg mcm nak pindah sana terus je...
Taraaa da sampi...
Hehehe..sampai2 terus check in then rest ape sume
Then keluar balik berjalan...jalan kaki pergi Pasar Filifina..
Semua nya jual mutiara saja...
Aku xbape nak minat sgt...
Aku just beli utk bagi pada sedara,kawan2 sume je
Utk diri sendri mmg xbeli ape sbb aku xsuka....
Kalau emas aku suke..ahaha
Tengok mak aku tu...
Suke sgt la die....mmg brg die tuuu...
Berejam aku nunggu mak aku pilih....
Makcik nege tu suke lerrrrrrrrr mak aku pelaku kan die...ahahah
Sibuk memilih....mahal la aku rase:(
My demuksssss....
Brg2 yg ade dijual disitu..
Semua aku xminat...
Patung muka..
Mak aku cukup marah kalau aku beli..ahahaha
Tararaaaaaaa....mutiara yg aku pegang tu harga
nya ialah RM1000 lebeh.....xkose aku nak beli...
Try pakai je..rase cm bese jeeee....
Haaaa yg ni aku suke...
Paling xsabar nak tggu aktiviti makan ...
Ada ikan bakar,udang,sotonggg sume besar2..
Harga pun besar jugakkkkkkk....
4org makan dekat RM100 kene...
Mahal woooooooooooooooooo.......
Ikan bakar ni sodappppppppp
Dan ayam madu tu pon shedappppp kaklong oiiiii......
Then malam tu balik tido terus...sbb penat sangat....
Thursday, November 10, 2011
Chef Wan Tegur Chef Riz
Aku salute kat Chef Wan..walaupun anak dia salah tapi dia tetap tegur anak dia..
Jom baca:
Chef Riz dilanda kritikan pelbagai pihak apabila laman Malaysian Insider telah mengeluarkan fakta mengenai pengalaman & kelayakan Chef Riz yang dipaparkan melalui artikel bertajuk “Did Chef Wan’s son cook up his CV for MasterChef Malaysia?” hasil tulisan Debra Chong, semalam.
Berikutan daripada itu, bapanya, Chef Wan menegur Chef Riz melalui kenyataan terbuka di laman Facebook, sekitar 1 jam lepas.
“Pagi ini saya dimaklumkan mengenai isu CV Chef Riz yang tidak tepat di laman Masterchef Malaysia. CV tersebut menyebut pengalamannya bekerja di luar negara walaupun tiada satu yang betul. Saya memberitahu dia yang perkara ini bukan sahaja memalukan dirinya & keluarga, dia juga perlu meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesan terhadap apa sahaja kelakuannya,” ujar Chef Wan memberikan pandangannya.
Chef Wan menambah lagi, “Populariti & berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita. Jadi, apabila Chef Riz ‘propakan’ CV-nya dengan ‘asam & garam’, dia memerangkap diri sendiri. Padan muka-lah dia!”
Chef Wan berkata bahawa dia sentiasa berpesan kepada Chef Riz untuk berkelakuan jujur & menjadi model kepada kanak-kanak, namun isu ini secara tidak langsung menjejas reputasi Chef Riz.
“Saya sentiasa berpesan kepada Chef Riz supaya jujur, tapi situasi ini amat buruk, lebih buruk daripada seorang pelajar yang kantoi berbohong di dalam kelas. Sebagai seorang dewasa, Chef Riz sepatutnya menjadi model kepada kanak-kanak. Sekarang, apa boleh buat sebab nasi sudah jadi bubur, memalukan!
“Sebagai seorang bapa, saya tak boleh sentiasa bertanggungjawab dengan kelakuan anak-anak saya yang dah besar ni. Sudahlah hidup saya penuh dengan dugaan, tekanan & tanggungjawab, secara peribadi perkara ini membuatkan saya berasa agak sedih.”
Pesawat Terhempas Kerana Anak
Pesawat Aeroflot penerbangan 593 dari Moscow ke Hong Kong menceritakan segala-galanya. Jika dahulu saya hanya dengar-dengar sahaja tentang dahsyatnya kejadian itu, kini saya dapat menyaksikan lakonan semula yang disiarkan melalui dokumentari National Geographic Channel.
Penerbangan Kebangsaan Rusia ini memang mempunyai reputasi keselamatan yang teruk. Ia sering menjadi bahan senda gurau, terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang pulang bercuti dengan bajet rendah. Mereka menaiki pesawat dari London ke Kuala Lumpur melalui Moscow, sebagai penerbangan yang paling menjimatkan walaupun banyak cerita yang tidak enak dibualkan.
Tetapi kejadian 23 mac 1994 menjadikan segalanya bukan lagi satu gurauan.
Pilot yang mengendalikan pesawat Airbus A310 itu, Yaroslav Kudrinsky, membawa bersama dua anaknya bercuti ke Hong Kong kerana Aeroflot ketika itu menawarkan diskaun buat kakitangannya untuk membawa ahli keluarga terbang ke mana-mana destinasi dunia. Aeroflot pula ketika itu sedang rancak dengan kempen rebranding mereka pasca kejatuhan Soviet Union.
Penerbangan itu adalah penerbangan yang penuh dengan kasih sayang.
Kasihnya sebagai seorang bapa, telah membawa beliau menawarkan tempat duduknya kepada Yana. Anak perempuannya itu sangat gembira. Tetapi Yana sekadar menyentuh kolum kawalan. Apabila Yaroslav mengajak anak lelakinya Eldar mengambil tempat Yana, beliau begitu gembira dengan pelawaan ayahnya. Yaroslav terlupa bahawa pesawat itu sedang memecut pada kelajuan ratusan kilometer sejam. Lupa kepada posisi pesawat yang berada pada ketinggian puluhan ribu kaki dari paras bumi. Lupa kepada nyawa manusia yang dipertaruhkannya.
Eldar telah menolak kolum kawalan dengan kuat dan tindakannya itu menyanggah sistem autopilot selama 30 saat.
Biar pun lampu amaran telah menyala, tiada sesiapa pun yang menyedarinya kerana nyalaan itu berlaku tanpa bunyi amaran. Kecuali Eldar. Beliau telah memanggil bapanya dan ketika itu semua orang tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Pesawat telah membelok setajam 45° dan terus menerus membelok. Kesan g-force telah menghalang Yaroslav untuk kembali ke tempat duduknya dan memegang kembali kolum kawalan pesawat.
Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia!
Seluruh kakitangan dan penumpang maut terbunuh. 75 nyawa maut dalam pelukan kasih seorang bapa bernama Yaroslav.
Wednesday, November 9, 2011
Sebelum ke obersea,check ni dulu!
Heeheheh..kalau pergi oversea mmg la happy and excited..
kadang2 kita xsedar kan,tgh seronok2 nak pergi tu,tetibe something bad happen..
Cth nya kene tahan dgn imigresen ke sbb xbayr PTPTN..xke malu masa tu?
Org lain sume dapat p,awak sorg je tertinggal..mesti nangis x berlagu nanti kan....
Tambah2 plak p holiday ke Paris ke London ke..kalau takat ke Bandung leh tahan lagi la kan...hehe..haa mase tu ko menagissssss terkencing2 pon xdpt den nak nolong eh....
Kalau MARA ok lagi kalo xbyo pon still boleh pergi lg..Tp kalau PTPTN mmg dorg straight skit...
So I nak bg tips skit...before pergi tu chek la kat website Imigresen dulu...
Samaada korang ada masalah or tidak...
So tadi aku da check....
Masukkan num ic anda
And the result isssssssssssss
TIADA HALANGAN
So boleh la pergi kemana sahaja tanpa halangan..
Cuma duit je la halangan nya..
Ahahaha...Ok let's try it ok:)
Tuesday, November 8, 2011
Tempat yang menarik kat Ipoh
Selalu nya kalu org luar dtg Ipoh mesti tanya soalan famous kan.
Apa yg best kat Ipoh ni?
So this is ur answer for ur question.....Moh ke Perak:)
BANDARAYA Ipoh merupakan ibu negeri Perak Darul Ridzuan yang kini dikenali sebagai Perak Amanjaya. Bagi yang belum berkunjung ke Ipoh, tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang ada kat Ipoh ni...?
Bagi yang sukakan flora dan fauna, keindahan tasik buatan manusia Gunung Lang menjanjikan keasyikan yang mendamaikan. Lokasinya di Jalan Kuala Kangsar. Tasik ini didiami oleh pelbagai spesi ikan hiasan dan air tawar, itik serati serta pelbagai lagi spesis hidupan air. Selain mengelilingi persekitaran tasik dengan menaiki bot, anda juga boleh singgah melawat ke seberang Pulau Dua Menara. Di situ terdapat mini zoo, rumah rehat berkonsepkan rumah kampung, dua buah menara, pokok-pokok hiasan dan bunga, taman permainan serta keindahan semulajadi bukit dan gunung di sekitar pulau berkenaan.
Taman tema air iaitu MK Land Ipoh Sunway Lagoon yang berkonsepkan zaman purbakala menjanjikan keriangan yang maksima. Di sini terdapat juga Taman Harimau di antara dua gua dan mini pet zoo. Bagi yang datang bersama keluarga ke Ipoh jangan lepaskan peluang ke MK Land Ipoh Sunway Lagoon yang berada di Tambun.
Bagi pencarian restoran pula dicadangkan tiga tempat yang pada kami amat sedap dan menggiurkan. Lokasi pertama adalah Gerai Nasi Wongge. Gerai mamak ini menumpang di restoran Cina di Jalan Yang Kalsom berhampiran balai polis. 'Killer' menunya nasi putih berlaukkan ayam goreng merah, sambal rempah, timun dan telur masin. Memang amat menyelerakan. Beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Anda mesti rasa.
Lokasi kedua pula Restoran Nasi Ayam Taugeh di Gugusan Manjoi. Pelbagai hidangan disediakan bermenukan masakan Melayu, Cina, Barat dan ala carte. 'Killer' menunya pula semestinya Nasi Ayam Taugeh. Sluurrpp... Udah rasa mesti teringat punya. Ayamnya boleh pilih samada ayam kukus (putih) atau panggang. Beroperasi dari 6 petang hingga larut malam.
Lokasi ketiga merupakan medan ikan bakar dan masakan kampung iaitu Restoran Tasik Raban di Stadium Perak. 'Killer' menunya adalah ikan air tawar bakar dengan sambalnya. Kena dengan nasi panas dan ulam. Peerrrgghhh.. Kecur air liur dibuatnya. Beroperasi untuk makan tengahari sahaja.
Medan membeli belah santai di cadangkan 2 tempat persinggahan yang paling top di Ipoh. Pertama di Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar, berhampiran BSN. Beroperasi dari lewat petang hingga awal pagi setiap hari. Pelbagai barangan dan perkhidmatan menarik terdapat disini seperti pakaian baru dan terpakai (bundle), urutan refleksologi, batu cincin, aksesori lelaki dan wanita serta pelbagai lagi dengan tawaran harga yang murah.
Lokasi kedua merupakan aktiviti membeli belah dan jalan-jalan cuci mata mingguan yang amat ditunggu-tunggu oleh warga Ipoh dan juga dari luar Ipoh. Memory Lane yang lebih dikenali sebagai 'Lokeng' juga terletak di Jalan Tahwil Azhar. Ianya hanya beroperasi pada setiap hari Ahad bermula jam 7 pagi hingga lewat tengahari. Pelbagai barangan terpakai seperti perkakas elektrik, barangan antik & vintage, pakaian, kasut, kamera, kelengkapan bayi, hiasan, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi produk baru serta terpakai dari sekecil-kecil skru hinggalah sebesar-besar kenderaan dijual disini. Pendek kata, apa sahaja yang kita nak, berkemungkinan yang amat besar boleh diperolehi. Wajib singgah!
Untuk rekreasi santai dan senaman, anda boleh berkunjung di dua lokasi yang popular di Ipoh. Pertama, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai 'Polo'. Trek dan laluan jalan kaki serta joging disediakan disekeliling taman. Terdapat lokasi refleksologi batu sungai, lapangan senamrobik, perkhidmatan motorsikal elektrik untuk kanak-kanak, taman permainan, tasik mini, padang sukan dan aktiviti, gelanggang futsal, pondok polis dan gerai makanan bergerak yang menawarkan kepelbagaian laksa serta cendol Ipoh.
Lokasi kedua adalah di Taman Rekreasi D.R. Seenivasagam yang lebih dikenali sebagai 'Taman D.R'. Terdapat padang bola sepak, gelanggang bola jaring, mini zoo, taman permainan, aktiviti air di tasik dan paling menarik adalah Taman Jepun yang menghidangkan kepelbagaian seni serta lanskap Jepun.Hutan Lipur dan Rekreasi Ulu Chepor juga menawarkan kedamaian semulajadi dan kegirangan sekeluarga dengan keindahan hutan lipur serta air terjun yang mengalir sejuk. Lokasinya menuju ke Chemor dan Kuala Kangsar.
Di Ipoh juga terdapat mini nurseri yang unik iaitu Tapak Semaian Pokok Kurma di Taman Chepor Impian yang lokasinya kira-kira 2 km dari Hutan Lipur dan Rekreasi Ulu Chepor. Selama ini di Malaysia kita hanya mengetahui dan menikmati khasiat serta kelazatan buah kurma sahaja. Namun kini tapak semaian berkenaan menawarkan anak pokok kurma daripada pelbagai spesis seperti Ajwah (Kurma Nabi), Deglet Nour, Mariami, Shafawi, Safia dan pelbagai lagi samada untuk dijadikan pokok hiasan ataupun mahu dituai hasil buahnya.
Bagi penggemar sukan dan aktiviti lasak, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Extrem Park @ Sunway. Lokasinya kira-kira 1 km dari MK Land Ipoh Sunway Lagoon. Permainan Paintball, Go Kart, Futsal dan ATV Power-Packed Bikes ada disini. Ekstremkan percutian anda di sini!
JADI,KALAU DATANG IPOH MEMANG TAK BORING LER KOMEEE:)
Friday, November 4, 2011
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Dhuha
Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan2. Shalat Dhuha3. Solat sunat Witir sebelum tidur
Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Hadis ketiga: Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.
Thursday, November 3, 2011
Mufti Kelantan Tegur Khairul Fahmi Che Mat
Mufti Kelantan Tegur Khairul Fahmi Che Mat
KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak. “Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.
“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.
Ingin hamil
As Salam
Seperti yang diketahui aku dah kahwin lebih setahun ++...
Dan mmg mengharapkan cahaya mata bagi menyerikan lagi perkahwinan kami.eceh
Dan yg plg utama sekali mestilah aku mengharapkan anak aku akan mendokan ibu bapa nya
apabila kami dah tiada di dunia ni nanti.Tetapi sehingga kini masih tiada rezeki.Dan aku xkan
pernah nak berputus asa atau berputus harap sbb aku serahkan 100% segala nya pada Allah dan Allah tak suka pada hamba nya yg berputus asa.Itu je ayat yg aku pegang.
Dan sebagai manusia mmg aku akui sedikit sebanyak hati ini banyak terguris.Kadang2
menangis sesorg sbb gembira tgok zuriat orang2 lain.Mungkin Allah sedang menguji aku
dan aku redha.Setiap kali hati terusik,setiap kali tu lah aku banyak habiskan masa aku dgr
ceramah Ustaz Kazim dan search internet tentang orang2 yang xdapat anak jugak or yg senasib mcm aku ni.
Tapi Ustaz Kazim ckp setiap yg berlaku itu ada hikmah nya.Yang xde anak perlu bersyukur sebab sekurang2 nya dia xperlu menanggung dosa masa nak membesarkan anak nya itu.Zaman skg kan byk kes bagi anak mkn duit haram.Jadi sekurang2 nya aku xdpt dosa tu.Betul jgk ckp Ustaz tu kan.Tapi xpe....Aku skg tgh diuji dan jika aku redha aku yakin Allah akan bagi kegembiraan pada aku satu masa nanti.Kalau x dunia,mungkin di akhirat:)
Jadi kawan-kawan yang mungkin senasib dengan aku,ni ade tips utk anda.Aku pun tak cuba lagi.Mungkin lepas ni boleh cuba:) Dari Ustazah Nor bahiyah
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Wassalam