NuffnangKU

Followers

Wednesday, February 4, 2015

Ho Chin Min : Shopping Part 1

 LoVeNiza Muah:)

As Salam...
Hari ini aku dengan semangat nya akan mengupdate blog ku yang sendu ini.Hahaha
Tujuan nya ialah untuk memberi info kepada mereka yang nak travel ke Ho Chin Minh ini.
Macam aku jugak,sebelum ke sana berjuta-juta kali aku mengoogle mencarik info.
Alhamdullilah selamat dah.So now aku share sedikit pengalaman bershopping ke sana.


Tiket memang dah beli masa bulan 12..5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.
Harga tiket untuk semua dalam RM3500.Masa tu tiket tak murah sangat.
Sebab beli last minit jugak.Luggage balik memang ambil 100kg.Haha
Dan memang dah agak 100kg tu tak cukup.So kita hand carry saje la.Ehhh yang tu last entry kita cerita.


First time aku sampai KLIA 2 ni.Besar betul.And kena jalan jauh.Menyampah ok.So weols park kereta kat KLIA 2 ni je.Siap snap pic area mane sebab takut sesat tak jumpa kete pulak nanti.


Macam biasa budak2 paling excited.Seronok betul dorang ni.Khalish kene tinggal dengan my in law sebab dia terlalu kecil nak dibawa.Takut dia tak selesa.Sebab Vietnam ni tempat shopping.Lain la kalau aku pergi London ke mmg confirm aku bawak dia.Balik Vietnam je muka aku naik bintik-bintik habis satu muke.Aku suspek sebab air dia kotor la.Siot betul.Satu hal aku nak merepair muka aku balik.Hahaha.

Besar sangat KLIA 2 nie.Sampai sesat larat la kejap silap lorong.Haha.Sampai2 je airport terus kitaorg check in luggage.Tu paling penting.Dah cek in baru hati senang sikit.Flight ada delay sikit tapi tetap sampai pada masa yang ditetapkan.Lewat sikit jer.


  

Sampai airport Vietnam,kami disambut oleh tour guide.Yeayyy..bagus sangat tour guide aku ni.Pandai cakap melayu.Nanti last entry aku share no tel dia.Oh yaa macam biasa mak aku adalah pesakit dialisis.So memang kene ambil tour guide untuk keselesaan ibu tercinta.Tak kuasa ok nak tahan2 teksi bagai dengan beg penuh ditangan nie.So bila dah book tour guide,hati manyak senang.
Pergi balik airport semua dihantar.

Terus tour guide hantar ke hotel.Sampai hotel terus check in.Tapi tak masuk bilik pun.Letak beg kat bawah jer.Pastu terus sambung berjalan.Rugi bep kalau datang jauh-jauh tapi ronda habis.Lagipun masa sangat terhad.Kena bertindak pantas.


Weols semua menginap di Hotel Hoang Hai Long 2.So far hotel ni ok sangat.Cukup semua.And dekat jer dengan Bent Than Market.Bersebelahan dengan Saigon Pink.Memang strategik.Ramai sangat orang Malaysia kat sini.Rasa macam kat Jalan Tar jer.

 
Suasana malam di sekitar kawasan hotel.Memang happening la malam kat sana.And kopi sana sangat-sangat lah kaw and sedap giler.Tapi kene carik yang halal yer.Makanan halal memang banyak kat sini cuma mahal sikit la.Biasa lah tue.




Kat sana banyak sangat motor.Sebab kata nya di Vietnam ni kalau nak beli kereta kena cash sebab kalau buat loan interest yer memang tinggi yakmat.Sebab tu rakyat sana banyak yang pakai motor.
Masa aku nak ke sini,mmg kakak ipar aku dah nasihat jaga bag and hp sebab sana banyak penyangak.Memang aku jaga betul2 la.Beg pakai silang.Hp tak berani nak keluar.Aku snap pic cecepat pastu simpan balik dalam beg.Takut sangat.Hahaha

 Kedai kasut kat sini mahal sikit.Ni aku pergi area kedai tepi area Bent Than Market tu..Dekat night market.Memang mahal la.Ada ke harga semua RM100.Tak berbaloi.Baik aku pergi beli kat butik terus je.
 Kasut Nike ni semua RM100-150.Mahal okeh.Baik beli yang ori terus.Tapi aku beli jugak kasut NIKE buat pakai jogging kat dalam Pasar Bent Than tu.Dapat RM50.Cantik jugak.Suami aku cakap kualiti yang aku beli tu sebijik Al-Ikhsan.Hehe


 Ada orang tu sibuk memilih.Tapi tak beli pun.Sebab 1 sen pun tak dapat kurang.Hampeh.



Then weolss jalan pergi ke Night Market.Ermm harga murah la jugak.Tak lah murah sangat.Hehe tapi terbeli la jugak aku.Macam dalam pic ni hanya RM70 sahaja.Ada macam2 saiz.Aku pun beli la yang purple tu.
  

Ni pun harga RM70 sahaja.Kalau kat Malaysia rasa seratus lebih ni.api aku tak minat yang ni sebab dah ramai sangat yang pakai.Nanti sama tak syok.


Tudung kak paridah...Hanya RM20 sahaja.Tapi aku tak beli sebab takut awning kemik.Nanti tak cantik.Tapi masa last day aku jumpa RM15 jer.Yang tu mak aku borong habis.


 Baju kurung moden RM70 jugak.Cantik jugak.


Ni Prda Lace.4 meter.Cantik jugak.Hanya RM70.Yang ni mak aku beli yang kaler pink tu.


Bag Deuters ni wajib beli.Sebab nak letak hasil borongan kat dalam nanti.Yang ni aku dapat RM30 jer.Jadi la kan.Abang aku borong sampai 3.Beli yang besar dengan yang kecik.Kualiti ok.Not bad.

  

Baru sampai pun dah sakan shopping.Dah puas shopping,baru masuk bilik.
Terus berehat,solat then terus tidur.Esok sambung aktiviti balik.


1 comment:

  1. Boleh share harga kasut nike x? Anggaran berape? Mmg berminat nk g Vietnam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name